Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon

Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon

Diterbitkan April 6, 2021 · Dikemas kini April 6, 2021 oleh Wiser MY

Setahun telah berlalu semenjak laporan awal mengenai Google bekerjasama dengan Samsung untuk menubuhkan sistem cip mereka.

Menurut laporan di 9to5Google, peranti Google Pixel dan Chromebook tahun ini bakal menggunakan sistem cip pemprosesan yang dihasilkan oleh pengeluar ini sendiri.

Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon
pix: gsmarena

Berdasarkan cakap-cakap ketika ini, dua peranti dengan kod nama “Raven” dan “Oriole” telah dikaitkan sebagai peranti awal yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan tersebut. Kedua-dua peranti ini (kemungkinan Pixel 6 dan 6XL) dijangkakan bakal keluar pada tahun ini.

Pixel 6 Bakal Hadir, Tetapi Bukan Dengan Cip Snapdragon
pix: 9to5google

Sistem cip yang dikenali sebagai GS101 “Whitechapel” ini adalah ciptaan kolaborasi bersama Samsung.

Ia memberi petunjuk yang prosesor tersebut akan berkongsi reka bentuk dan seni bina prosesor Samsung Exynos bersama beberapa komponen sama.

Sementara itu, masih belum jelas sama ada  “Whitechapel” akan digunakan pada peranti Chromebook. Namun, hala tujunya adalah jelas iaitu: telefon dahulu, Chromebook kemudian.

Sumber: GSMArena & Chrome Unboxed

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY