HUAWEI Band 6 Lancar Di Malaysia Pada Harga RM219

Selepas mendapat maklum balas positif daripada pembeli atas talian baru-baru ini, Huawei Band 6 mula dijual secara terus pada harga RM219 hari ini.

Penjejak kesihatan ini memberi maklumat terperinci mengenai rutin senaman harian yang boleh dijejak pengguna sepanjang masa.



Antara ciri menarik adalah paparan FullView 1.47 inci AMOLED yang pertama digunakan pada penjejak kesihatan Huawei. Penggunaan paparan AMOLED memberi pengguna warna dan visual yang lebih jelas.

Ia juga mempunyai teknologi TruSeen 4.0 dan algoritma penjimatan kuasa pintar, ia mampu menjejak kadar degupan jantung dan SpO2 selama 24 jam.



Disamping itu, ia dilengkapi 96 mod bersenam beserta 11 mod sukan profesional. Mod-mod ini menjadikan rutin bersenam penggunanya lebih fleksibel dan serba boleh.

Selain itu, peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari dengan kadar pengecasan selama lima minit sahaja.

Kepada yang berminat, pembelian boleh dibuat menerusi kedai dalam talian Huawei Store.

Sumber: siaran akhbar Huawei