ROG Zephyrus M16 Dilancarkan - Lengkap Dengan Cip Intel i9, RTX 3060/3070

Baru-baru ini ROG ada memperkenal beberapa komputer riba baru termasuklah barisan ROG Zephyrus. Terbaru, ROG Malaysia melancarkan Zephyrus M16, sebuah komputer gaming pertama didunia dengan empat sisi bezel super-nipis.

Zephyrus M16 tampil dengan paparan berukuran 16-inci dengan panel 16:10 yang beresolusi 2560 x 1600 pixel. Tambahan lagi, paparannya mempunyai kadar penyegaran sehingga 165Hz, masa tindak balas 3ms, dan Adaptive-Sync.



Dalamannya pula dijana cip Intel generasi ke-11 i9-11900H, pilihan grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 atau RTX 3070 yang diganding memori RAM DDR4 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 2TB.

Selain itu, komputer gaming seberat 1.9kg ini dimuatkan sistem pembersihan Anti-Dust 2.0 yang menggunakan dua kipas 84 bilah Arc Flow, Dolby Atmos, mikrofon 3D, dan bateri sebesar 90Wh.



ROG Zephyrus M16 sudah boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM8,999 untuk varian RTX 3060. Manakala varian RTX 3070 yang berharga RM11,499 akan tersedia pada bulan Ogos nanti.

Jika anda berminat untuk membeli atau mengetahui lebih lanjut, layari https://rog.asus.com/my/laptops/rog-zephyrus/2021-rog-zephyrus-m16-series/.

Sumber: siaran akhbar ROG Malaysia

Baca juga - Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Baca juga - "Mid-Year Sale" MSI Tawar Monitor Dan Kerusi Gaming Sebagai Hadiah