Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grmin frnner

Garmin Forerunner 55 Dilancarkan, Jam Pintar Kecergasan Berharga RM960

Diterbitkan Jun 23, 2021 ยท Dikemas kini Jun 23, 2021 oleh Wiser MY

Bersempena Hari Lari Sedunia yang diraikan pada bulan Jun setiap tahun, Garmin Malaysia hari ini melancarkan jam pintar baharu.

Garmin Forerunner 55 merupakan sebuah jam pintar GPS yang direka untuk peminat kecergasan dengan pelbagai ciri memantau kecergasan peribadi.

Garmin Forerunner 55 Dilancarkan, Jam Pintar Kecergasan Berharga RM960

Fungsi GPS yang tersedia boleh memantau kadar degupan jantung, kalori, tidur, dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.

Menariknya, fungsi PacePro dan Garmin Coach yang dimuatkan boleh membantu pelari menyesuaikan larian mengikut jarak, cadence (langkah), dan anggaran masa dengan lebih mudah dan terperinci.

Screenshot 2021-06-23 172946

Antara lainnya, jam ini boleh menjejak tekanan dan tahap tenaga yang sesuai sebelum atlet melakukan aktiviti. Selain itu, golongan wanita boleh menjejak kitaran haid atau kehamilan melalui aplikasi Garmin Connect.

Screenshot 2021-06-23 174352

Dari segi rekaan, peranti seberat 37g ini tampil kemas bersama paparan bersaiz 1.04-inci dengan skrin jelas walaupun dibawah cahaya matahari. Baterinya pula dikhabarkan boleh bertahan selama dua minggu dalam mod biasa.

Jika berminat, jam ini boleh didapati dalam empat warna iaitu hitam, kelabu, putih, dan aqua pada harga RM960 di Lazada, Shopee, AECO e-store, dan di semua pengedar sah Garmin.

Sumber: siaran akhbar Garmin Malaysia

Baca juga – Jam Pintar Facebook Mungkin Datang Dengan Kamera

Baca juga – G-Shock GBD-200 Dilancar, Jam Untuk Bersenam Dan Bersukan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY