Ia diburukkan lagi dengan ura-ura yang model baharu mereka selepas OnePlus 6T nanti akan dijual pada harga yang lebih tinggi. Menurut laporan Fudzilla, ia disebabkan oleh keluaran selepas ini bakal hadir dengan sokongan rangkaian 5G.
Dakwa mereka, OnePlus 5G itu berkemungkinan besar akan dijual pada harga permulaan $100(~RM 420) lebih mahal berbanding OnePlus 6T. OnePlus 6T dijual bermula dari harga $549 ketika dilancarkan tempoh hari.
Dengan laporan ini, adalah hampir pasti bahawa peranti ini nanti akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8150 yang masih belum diumumkan lagi.
Selain itu, terdapat juga laporan lain yang mengatakan OnePlus 5G ini bukanlah OnePlus 7. Bagaimanapun, OnePlus 7 dengan sokongan 5G akan turut diperkenalkan apabila ia dilancarkan kelak.
Jika laporan ini benar, maka OnePlus mungkin akan memperkenalkan tiga model dalam satu tahun buat pertama kali pada 2019. Peranti 5G ini dijangka akan diperkenalkan semasa acara MWC 2019 yang akan diadakan di Barcelona pada Februari.
Sumber: TechRadar Fudzilla
Berkaitan
- OnePlus 7 Sah Tidak Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar
- OnePlus 7 Pro Selepas Beberapa Bulan, Berbaloi Ke?
- Pembesar Suara Pintar Facebook Mungkin Dilancarkan Oktober Ini
- Giliran OPPO Reno 10X Zoom Pula Mendarat Di Malaysia Pada 27 Mei Ini
- Imej Sebenar Samsung Galaxy S10e Tertiris, Tampil Dengan Rekaan Paparan Tebuk Yang Agak Besar
- Benda Menarik Yang Anda Boleh Buat Dengan Funtouch OS + Vivo S1 #TipsGajet
- MultiROM Kini Tersedia Buat Peranti Pocophone F1, Benarkan Pengguna Menggunakan "Dual Booting"
- Kerjasama Terbaru Spotify dan Instagram Membolehkan Pengguna Berkongsi Lagu Menerusi Instagram Stories
- Bawa Pulang Huawei Siri P20 Dengan Hanya RM 1 Dari Maxis
- Nintendo Dilaporkan Mahu Lancar Dua Model Switch Tahun Ini