Ia bagi mencegah daripada wujudnya penderaan, pengabaian dan lain-lain kejadian yang tidak diingini.

Status pendaftaran taska sentiasa dikemas kini dalam portal JKM untuk rujukan ibu bapa.

Bulan Mac lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri telah mengumumkan penambahbaikan ini di Dewan Rakyat.

Kita pun sedar sejak beberapa tahun ini kes penderaan kanak-kanak semakin banyak timbul di media sosial dan dada akhbar sehingga ramai menjadi lebih takut untuk menghantar anak mereka untuk dijaga orang.

{suggest}

Dengan undang-undang ini, diharapkan masalah seperti penderaan terhadap kanak-kanak dapat dibendung dan mereka yang telah menzalimi dapat dihukum seadil-adilnya.