Ada 8 Barang Baru Xiaomi Bawa Masuk, 'CCTV' RM129 Antaranya

Xiaomi Malaysia telah mengadakan demonstrasi dan mengumumkan mereka membawa masuk beberapa produk rumah pintar (smart home) ke pasaran tempatan.

Produk-produk tersebut ialah:

  • Siri Xiaomi Smart TV A2 (3 model)

  • Xiaomi Smart Air Fryer 3.5L

  • Redmi Buds 4 dan Buds 4 Pro

  • Xiaomi Smart Speaker (IR Control)

  • Xiaomi Electric Toothbrush T700

  • Xiaomi Water Ionic Hair Dryer H500

  • Xiaomi Camera 2K (Magnetic Mount)

  • Xiaomi Smart LED Ceiling Light


Kebanyakannya dijual mulai 9 September ini, namun ada beberapa bermula 16 September.

1. Redmi Buds 4 Pro




Antara tumpuan TWS ini ialah sokongan Hi-Res Audio dengan dua pemacu (10mm+6MM0, LDAC, ANC sehingga 43dB, bateri yang mampu bertahan sehingga 36 jam dan kemampuan disambungkan dengan 2 peranti.

4 mod pembatalan hingar aktif (ANC) tersedia ialah Light, Balanced, Deep dan Adaptive.

Ia menggunakan sambungan Bluetooth 5.3 dan dicas melalui kabel USB-C. Dengan bekasnya, ia mampu bertahan selama 36 jam keseluruhannya. Dengan sekali caj, putik audio ini boleh digunakan 9 jam berterusan.

Kedai rasmi Xiaomi di Shopee

Kedai rasmi Xiaomi di Lazada

2. Xiaomi Water Ionic Hair Dryer H500




Pengering rambut ini menggunakan kuasa setinggi 1800W, mempunyai berat 650g dan anginnya berkelajuan 20m/s.

Nozel magnetiknya bleh dipusing 360 darjah dan ia mempunyai kawalan suhu NTC yang akan menyelaraskan udara panas sejuk secara automatik.

Kedai rasmi Xiaomi di Shopee

Kedai rasmi Xiaomi di Lazada

3. Xiaomi Electric Toothbrush T700




Ia mempunyai 39,600 kali getaran setiap minit dan menggunakan bahan yang menyerap getaran untuk keselesaan tangan.

Bateri sebesar 1050mAh dimuatkan mampu bertahan selama 24 hari dan boleh dicas secara wayarles dalam 360 darjah.

Seperti produk lain juga, berus gigi elektrik ini bileh dipautkan dengan aplikasi Xiaomi Home dan pengguna boleh menetap mod memberus dan tempohnya.

Kedai rasmi Xiaomi di Shopee

Kedai rasmi Xiaomi di Lazada

4. Xiaomi Camera 2K (Magnetic Mount)




Kamera ini mampu merakam video dalam resolusi 2K dan dilengkapi ciri night vision infrared 940nm serta AI Motion Detection yang mampu mengesan pergerakan.

Ia juga mempunyai pembesar suara dan mikrofon, membolehkan komunikasi 2 hala.

Uniknya, kamera ini mempunyai tapak magnetik memudahkan pengguna meletakknya di barangan besi.

Kedai rasmi Xiaomi di Shopee

Kedai rasmi Xiaomi di Lazada

5. Xiaomi Smart LED Ceiling Light




Lampu siling ini berukuran sekitar 15-25 meter persegi. Dari segi pencahayaan, ia mampu bercahaya dengan ketinggian 3100 lumen, bersuhu daripada 2700K ke 6000K.

Ia boleh diarahkan melalui Alexa, Google Assistant dan Apple HomeKit. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Mi Home selain disambungkan Wi-Fi 2.4Ghz dan Bluetooth.

Menariknya, kawalan terhadapnya juga boleh dilakukan melalui Mi Band.

Kedai rasmi Xiaomi di Shopee

Kedai rasmi Xiaomi di Lazada