Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
traffic light

Trafik Di Ipoh Dijangka 51% Lebih Lancar Dengan Lampu Isyarat AI

Diterbitkan Jun 29, 2022 · Dikemas kini Jun 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sistem lampu isyarat pintar (STARS) dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah dilaksanakan di Bandaraya Ipoh, pertama di Perak.

Dengan kecerdasan buatan dan kebolehan menganalisis video, ia boleh membantu kelancaran trafik yang optimum.

Empat lokasi yang dilengkapkan STARS adalah persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laksamana; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Datuk Onn Jaafar; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz; dan persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Ekram.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata ia akan diperluas lagi ke daerah lain secara berfasa.

Ia adalah hasil kerjasama Perjanjian Langganan Perkhidmatan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata STARS akan membantu melancarkan aliran lalu lintas sehingga 51% terutama pada waktu puncak lantas menjimatkan masa dan kos pengguna.

Selain Perak, STARS sudah diimplimentasi di negeri lain termasuk Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Gambar utama: Tech Thirtsy

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY