Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Diterbitkan April 20, 2023 ยท Dikemas kini April 20, 2023 oleh Amalina Athman

Sempena musim perayaan ini, pastinya ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi memudahkan anda merancang dan menikmati perjalanan yang lebih lancar, terdapat beberapa aplikasi dan laman web yang boleh dirujuk untuk menyemak CCTV trafik di lebuh raya secara langsung.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Tol Rahmah Percuma Sempena Aidilfitri 2023
  • Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya

Di bawah kami sediakan beberapa cara untuk melihat CCTV trafik di lebuh raya seperti PLUS, WCE, LPT dan lain-lain.

Aplikasi PLUS

Bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semakan CCTV trafik boleh dilakukan dengan muat turun aplikasi PLUS App (Official) di App Store atau Google Play Store.

Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan tatal ke bawah. Aktifkan “View Live Traffic Feed near you” dan tekan pada “See more”.

Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Untuk memudahkan anda melihat CCTV yang berkaitan dengan laluan perjalanan, pilih destinasi perjalanan.

Selain semakan CCTV trafik, anda juga boleh memilih tab “Planner” untuk informasi yang lebih terperinci. Masukkan sahaja maklumat destinasi dan semua kemas kini akan tersedia termasuk CCTV trafik di laluan perjalanan, informasi terkini, kadar tol, R&R yang tersedia dan sebagainya.

Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”
Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”
Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Bagi ciri-ciri lain yang tersedia, ianya termasuk kiraan kadar tol, insurans, SOS, informasi terkini trafik dan sebagainya.

Aplikasi WCE

Bagi laluan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, pengguna boleh memuat turun aplikasi WCE App di App Store dan Google Play Store. Untuk menggunakannya, log masuk perlu dilakukan terlebih dahulu.

Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Setelah itu, pilih “CCTV” di bahagian tab “Home”. Pilih destinasi perjalanan dan paparan CCTV akan dipaparkan mengikut laluan perjalanan yang dipilih.

Laman web LLM

Untuk lain-lain lebuh raya, semakan CCTV trafik boleh dilakukan melalui laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Terdapat juga pilihan untuk muat turun aplikasi LLM di App Store dan Play Store, namun semakan trafik melalui laman web LLM adalah lebih mudah.

Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”
Cara Semak CCTV Trafik Di Lebuh Raya Secara “Live”

Caranya, buka sahaja laman web LLM melalui www.llm.gov.my dan terus ke “Status Trafik Semasa”. Kemudian, pilih lebuh raya yang berkaitan.

Sementara itu, informasi trafik terkini melalui ciapan di Twitter turut boleh dilihat pada halaman yang sama. Sama seperti dua aplikasi di atas, kalkulator tol turut disediakan untuk pengiraan tol yang lebih mudah.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.

Jika anda ingin berkongsi aplikasi menarik, atau mempunyai sebarang cadangan dan penambahbaikan, tinggalkan komen di platform media sosial kami.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY