4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023

Anda sedang tercari-cari telefon flagship yang berkuasa, kamera yang pantas dan sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang?

Perkenalkan, HONOR Magic5 Pro.

Ia mula dijual sejak Februari dan kalau anda tanya pengguna yang sudah menikmatinya selama beberapa bulan, pasti mereka setuju yang prestasinya masih ‘perform’ seperti baru dibeli semalam.

Tapi, pertimbangkan dulu 3 elemen lain yang sebenarnya agak penting.

Kamera yang pantas untuk abadikan detik penting


magic5 pro kamera padu

Telefon ini mempunyai 3 kamera di belakang yang kesemuanya ialah lensa 50MP. Masing-masing ditugaskan untuk ambil gambar ultra-wide/makro, portret dan zum.



Sampel foto Magic5 Pro 40

falcon capture magic5

Menariknya, ciri Millisecond Falcon Capture padanya memastikan gambar dapat ditangkap dengan pantas. Jadi, detik penting dalam hidup anda seperti ketika anak sulung anda berjaya berjalan buat kali pertama atau bunga api yang sedang ‘mekar’ di langit malam raya dapat diabadikan tanpa kabur.

ai motion sensing 2

Nak lagi senang, tak payah tekan shutter button, guna saja AI Motion Sensing. Magic5 Pro dengan bantuan AI akan ambil foto dalam detik sempurna secara automatik.

motion ai sensing apa

Bukan itu saja, anda yang suka gambar makro juga dapat manfaatkan telemakro yang ada padanya. Waktu malam pula, ada Super Night Capture untuk tolong anda dapatkan gambar malam dengan cerah hingga zum 100X.



gambar malam magic5 pro

Kalau untuk gambar malam pula, selalunya telefon lain akan ambil masa sekitar 5 saat, tapi Magic5 Pro mampu lakukannya dalam 1 saat saja.

Bateri sebesar 5100mAh dengan pengecasan sepantas 66W


cas laju magic5 pro malaysia 12

HONOR Magic5 Pro dilengkapi dengan bateri sebesar 5100mAh yang mampu bertahan sekitar 7-8 jam skrin dihidupkan untuk penggunaan ringan.

Jadi, seharian digunakan di tempat kerja akan menyaksikan baterinya masih tinggal lebih kurang 20-30% apabila anda sampai di rumah.

cas laju 66w magic5 pro malaysia

Kemudian, cas pula dengan pengecas HONOR SuperCharge yang sepantas 66W, memang tak perlu tunggu lama nak penuh. Sekitar 1 jam pengecasan saja, anda boleh cabut kabel dan sambung main telefon sebelum tidur.

Skrin yang terang lagi selamat pada mata anda


harga magic5 pro malaysia 36

“Tapi, tak bagus, kan, main telefon sebelum tidur?” Inilah yang anda perlu tahu, bahawa Magic5 Pro ada beberapa ciri yang serba sedikit selesaikan isu ini.

Dengan PWM Dimming setinggi 2160Hz, mata anda akan kurang penat kerana flicker pada Magic5 Pro berlaku lebih sedikit daripada telefon lain. Secara kasar memang kita tak nampak, tapi sebenarnya bagi kesan pada mata.

circadian night display magic5 pro malaysia

Tak cukup dengan itu, Circadian Night Display yang akan kuningkan paparan skrin juga membantu kurangkan kesan terhadap hormon melatonin serotonin dalam badan anda lantas meningkatkan kualiti tidur.

Pengiktirafan daripada TÜV Rheinland (pertama dalam industri) pula menjamin blue light daripada skrin dikurangkan dan mengurangkan keletihan mata. Jika anak anda sering menggunakan telefon anda, maka ciri ini juga memang sesuai.

Sistem operasi MagicOS 7.1 yang lancar


magicos magic5 pro malaysia 16

Bab kamera, skrin dan bateri dah selesai. Tapi, software dalaman cukupkah untuk puaskan hati?

Magic5 Pro ini jalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Dijana pula cip Snapdragon 8 Gen 2 yang juga digunakan pada telefon andalan lain, memang lancar.

apps google magic5 pro malaysia 19

Anda mesti terfikir, “Telefon ini ada Google tak?” Jangan risau kerana Magic5 Pro hadir dengan Google Mobile Service. Muat turun dan kemas kini saja aplikasi melalui Google Play Store tanpa masalah.

Selain mewarisi fungsi dari Huawei dulu seperti knuckle screenshot, HONOR Share, Air Gesture, Private Space dan sebagainya, HONOR Magic5 Pro juga ada ciri-ciri baharu yang menarik.

Misalnya, Magic Text yang boleh ‘recognise’ perkataan dalam gambar. Ciri ini amat berguna bila anda nak salin nombor telefon dari gambar ke dalam contact. Multi-Screen Collaboration pula mudahkan anda buat kerja di laptop tanpa perlu beralih ke telefon.

magic text honor magic5

Soal rangkaian pula, HONOR letakkan cip HONOR C1 RF Enhanced yang akan bantu anda dapat line walaupun dalam lif, parkir kereta dan lain-lain.

ai privacy call magic5 pro malaysia

Bab privasi, AI Privacy Call 2.0 dalam MagicOS 7.1 ini berfungsi untuk menyelamatkan panggilan anda daripada diintip orang sekeliling walaupun pada volume 80%.

Dapatkan sekarang


harga magic5 pro malaysia

HONOR Magic5 Pro ditawarkan pada harga RM4299 dengan storan besar 12GB RAM dan 512GB ROM yang mana antara yang termurah dalam kelas flagship tahun ini.

Untuk yang mencari-cari telefon flagship dengan harga lebih mesra, terdapat juga HONOR Magic5 pada harga RM3499 yang tidak kalah dari segi kamera, bateri dan ciri skrin.

Sekarang, mesti ada mahu ajukan soalan paling klise di kedai-kedai telefon, “Kalau beli ni, dapat apa free gift?”

magic5 pro enrich points

Mujurlah HONOR sudah terbiasa dengan budaya ini kerana mereka dengan tawarkan free gift bernilai RM800 yang merangkumi HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, lanjutan waranti 1+1 dan perlindungan keretakan skrin selama 180 hari.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapat 7000 mata Enrich. Oh ya, jangan lupa untuk sertai pertandingan HONOR Magic Moments untuk menang pelbagai hadiah yang bernilai sehingga USD110k.

https://www.youtube.com/watch?v=eoChV0Yezj4

Nak beli HONOR Magic5 Pro secara ansuran dengan telco? Dapatkan Siri HONOR Magic serendah RM41/bulan dengan pelan Digi PhoneFreedom 365.

  • Beli siri HONOR Magic5 di Shopee

  • Beli siri HONOR Magic5 di Lazada


**Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia