Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pepijat Baru Ditemui Pada Chrome Yang Membekukan Operasi Pelayar Itu

Pepijat Baru Ditemui Pada Chrome Yang Membekukan Operasi Pelayar Itu

Diterbitkan Disember 24, 2018 oleh Helmi Samsuri

Umum sudah mengetahui penggunaan Google Chrome antara salah satu faktor penyumbang kepada masalah penggunaan sistem memori cakera yang tinggi sehingga mencapai 100%.

Terbaru, satu pepijat dikatakan telah menyerang pelayar web popular itu dan menyebabkan sistem cakera beroperasi pada tahap 100% serta merta.

Tech support scammers are back at it. New Chrome browlock: 100% CPU, can’t close tab or browser via UI (reported here: https://t.co/5qIdqoqtWA) #TechSupportScams pic.twitter.com/d7vIpUhGiY

— Jérôme Segura (@jeromesegura) December 21, 2018

Pepijat yang dikelaskan sebagai tech support scam itu menggunakan JavaScript untuk mencipta proses yang berulang (loop), membuatkan pelayar  menggunakan semua sistem memori dan berhenti dari beroperasi seperti normal.

Pepijat itu akan membawa pengguna ke halaman “support.Windows.com” yang memaparkan mesej “Internet Security Alert! Code: 055BCCAC9FEC“. Kononnya komputer sudah dijangkiti virus yang boleh mencuri data-data penting dan menyarankan pengguna supaya menghubungi nombor tertera untuk khidmat bantuan.

Apabila cuba dipadam, ia akan terus menerus membawa pengguna kepada halaman dan paparan tersebut.

Sekiranya anda mengalami isu ini, hentikan proses GoogleChrome.exe di Task Manager dan apabila membuka semula pelayar, hindari dari klik butang “Restore”.

Pepijat Baru Ditemui Pada Chrome Yang Membekukan Operasi Pelayar Itu

Sumber: @jeromesegura via Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY