Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hentikan Aplikasi Luar Daripada Mengakses Akaun Facebook

Penyelidik Mendakwa Beratus Juta Data Privasi Pengguna Facebook Terdedah Di Internet

Diterbitkan Disember 20, 2019 · Dikemas kini Disember 20, 2019 oleh ariff bukhari

Nama, nombor telefon dan lain-lain lagi data pengguna Facebook didakwa disimpan dalam pangkalan data yang tidak dilindungi.

Penyelidik keselamatan dari Comparitech mendakwa, beratus juta data privasi pengguna Facebook terdedah di internet.

Dalam laporannya yang bertajuk “267 milion Facebook users IDs and phone numbers exposed online” itu mendakwa, sesiapa sahaja boleh mengakses data privasi pengguna Facebook bagi melihat nombor telefon, nama pengguna dan nama akaun FB tanpa memasukkan kata laluan atau keperluan pengesahan lain.

Atau secara tepatnya, jumlah akaun Facebook yang terkesan dengan isu ini adalah sebanyak 267,140,436 yang mengandungi data sulit berikut:-

  • Akaun unik FB
  • Nombor telefon
  • Nama penuh
  • Rekod masa

Akibatnya, data-data yang terdedah itu dipercayai akan membolehkan pihak yang tidak bertanggungjawab melaksanakan aktiviti jenayah siber secara besar-besaran.

Pendedahan ini adalah hasil kerjasama Comparitech dengan penyelidik keselamatan bernama Bob Diachenko.

Mereka mendakwa, masalah ini mungkin berpunca daripada 2 sebab utama.

“…the trove of data is most likely the result of an illegal scraping operation or Facebook API abuse by criminals in Vietnam, according to the evidence.”

Oleh itu, penyelidik menasihatkan pengguna Facebook mengubah tetapan di bahagian privasi akaun mereka supaya dapat meminimakan peluang mereka untuk turut terkesan dengan isu ini.

fb privasi
Contoh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY