Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sokongan Terhadap Windows 7 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Penyelidik Menasihatkan Pengguna Komputer Meninggalkan Sistem Operasi Windows 7

Diterbitkan Ogos 29, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna Windows disyorkan menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada versi terkini.

Kaji selidik yang dijalankan oleh penyelidik keselamatan dari kaspersky mendapati, pengguna komputer kebanyakkannya masih menggunakan sistem operasi komputer yang sudah tidak lagi menerima sokongan kemas kini daripada pembangunnya.

Secara tepatnya, sebanyak 41% pengguna komputer didapati masih menggunakan sistem operasi komputer yang sudah lapuk.

Dalam laporan yang bertajuk ‘The long goodbye: 41% of consumers still use unsupported and near end-of-life OS ‘, penyelidik mendapati masih ada pengguna biasa mahupun organisasi yang kekal menggunakan sistem operasi Windows XP yang sudah lapuk lebih daripada 10 tahun pada komputer mereka.

Malah sistem operasi Windows 7 yang bakal ditamatkan sokongannya oleh pihak Microsoft pada penghujung bulan Januari 2020 nanti juga masih tinggi peratusan yang menggunakannya.

Penyelidik Menasihatkan Pengguna Komputer Meninggalkan Sistem Operasi Windows 7
Kredit: Kaspersky

Pihak penyelidik menyimpulkan situasi ini agak membimbangkan kerana sistem operasi yang sudah lapuk ini amat mudah menjadi sasaran penjenayah siber. Terutamanya Windows 7 kerana didapati masih ramai pengguna biasa dan syarikat yang menggunakan sistem operasi tersebut.

“The widespread use of Windows 7 is concerning, as there is less than six months to go until this version becomes unsupported. The reasons behind this lag vary depending on the software in place, which may be unable to run on the newest OS versions, to economic reasons and even just down to habit. Nonetheless, an old unpatched OS is a cybersecurity risk โ€“ the cost of an incident may be substantially higher than the cost of upgrading. This is why we recommend that customers migrate to supported versions and ensure that additional security tools are in place during the transition period.โ€ โ€“ Alexey Pankratov, Enterprise Solutions Manager, Kaspersky.

Jadi, kepada para pengguna versi Windows terdahulu, anda dinasihatkan dan amat disyorkan supaya menaik taraf sistem operasi komputer anda kepada versi terkini bagi mengelakkan komputer anda mudah terdedah kepada serangan siber.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY