Pengumuman Tarikh Penutupan Siaran TV Analog Malaysia Bakal Dibuat Tidak Lama Lagi

Setelah beberapa kali ditangguhkan, kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan tarikh penutupan siaran TV analog tempatan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo, pengemuman mengenainya bakal dibuat pada suku kedua(April-Jun) atau selewatnya hujung tahun ini.

Katanya lagi, perubahan ini perlu diambil bagi memberikan perkhidmatan penyiaran yang lebih baik kepada pengguna dan membolehkan sistem Over-the-Top(OTT) diwujudkan.

Kapsyen: Gambar Hiasan, FB Gobind Singh Deo


Melaluinya, pengguna boleh menonton program kegemaran mereka bila-bila masa dan tidak perlu menunggu waktu siaran seperti sekarang.

YB Gobind juga memaklumkan bahawa perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat selepas beberapa perbincangan diadakan sebelum ini.

Beberapa usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan ke arah mencapai matlamat ini. Antaranya ialah pemberian dekoder MYTV percuma sejak Januari lalu.



Langkah ini adalah tepat bagi terus memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi global di masa akan datang.

 

Sumber: Bernama