Selepas beberapa minggu, pengguna Pixel menyatakan prestasi peranti mereka lebih laju selepas mematikan ciri-ciri Digital Wellbeing. Bermula dari seorang pengguna Reddit yang memberitahu orang ramai cara untuk mengatasi masalah prestasi pada peranti Pixel.
Secara umumnya, Digital Wellbeing ini akan berjalan di latar belakang dan mencatat berapa lama anda meluangkan masa anda pada peranti sama ada menggunakan aplikasi atau tujuan umum.
Ia sesuatu yang bagus jika anda ingin mengawal aktiviti anda pada peranti dan melebihkan aktiviti tanpa peranti. Anda boleh menetapkan pemasa pada sesuatu aplikasi atau mengaktifkan paparan greyscale supaya mengurangkan minat anda apabila melihat paparan peranti.
Digital Wellbeing ini juga diperkenalkan pada keluaran Android 9 Pie pada peranti Pixel sebelum berpindah ke Android One. Google juga akan mengembangkan perisian ini di Android Q dengan Focus Mode.
Jika anda ingin mematikan ciri Digital Wellbeing dan merasa perbezaannya sendiri, anda boleh;
- Pergi ke tetapan.
- Pilih Digital Wellbeing.
- Tekan pada 3-dot pada atas kanan dan pilih "Turn off usage access".
- Periksa semula dengan pergi ke "Usage access", pilih Digital Wellbeing dan pastikan "permit usage access" dalam keadaan tutup.
Sumber: The Verge dan Android Central
Berkaitan
- Google Hentikan Penjualan Google Pixel Edisi Pertama
- Google Akui Jualan Pixel 3 Kurang Memberangsangkan, Lebih Teruk Berbanding Pixel 2
- Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu
- Ciri Timeline Yang Diketengahkan Windows 10 Ini Seakan-Akan Diari Digital
- Rupa Sebenar Google Pixel XL 2 Ini Sangat Googlicious!
- Counterpoint - Majoriti Pengguna Baharu Pixel 3 & OnePlus 6T Datang Dari Samsung
- Imej Tertiris Google Pixel 3 XL Dedahkan Peranti Berkenaan Bakal Hadir Dengan Rekaan Takuk
- Carta DxOMark Untuk Swafoto Pertama Dikeluarkan, Pixel 3 & Galaxy Note 9 Mendahului
- Edisi Khas Pixel 'Really Blue' Habis Dijual Selepas Beberapa Minit Dilancarkan
- Saiz Takuk Pixel 3 XL Besar & Tidak Cantik? Ini Alasan Google