Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital fingerprint security concept, binary digits background

Malaysia Bercadang Mahu Bangunkan ID Digital Kebangsaan, Namun Bukan Sebagai Pengganti MyKad

Diterbitkan Oktober 12, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2018 oleh Haikel Areff

Sebelum ini kami pernah menyiarkan mengenai kerjasama antara SKMM dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(CCID) untuk memerangi jenayah siber. Kedua-dua pihak telah membincangkan langkah penyelesaian untuk menangani gejala berkenaan.

Sehubungan itu, semalam, Menteri SKMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membangunkan ID digital kebangsaan sebagai ‘wakil’ MyKad di dunia siber. Ia sekaligus menjadikan jual beli yang dijalankan atas talian lebih selamat dan mengurangkan jenayah siber seperti scammer dan kecurian maklumat kad kredit.

Unauthorized Payments
Credit : Finance Monthly

Bagaimanapun, kerajaan perlu sedikit masa untuk membincangkan perkara tersebut. Ini termasuk untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada agensi-agensi berkaitan seperti MDEC dan sebagainya.

Akan tetapi, YB Menteri mengesahkan bahawa ID digital ini bukanlah digunakan sebagai pengganti MyKad sedia ada. Tambahan pula, ia tidak diwajibkan untuk dimiliki oleh semua rakyat.

Beliau turut berharap agar perbincangan mengenai perkara ini akan menghasilkan sesuatu menjelang pertengahan tahun hadapan. Tambahnya lagi, beliau akan terus memberi maklumat terkini mengenainya pada masa akan datang.

 

Sumber : Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY