Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG OLED TV Menang Anugerah Inovasi CES Buat Kali Ke-8 Berturut-Turut

LG OLED TV Menang Anugerah Inovasi CES Buat Kali Ke-8 Berturut-Turut

Diterbitkan November 14, 2019 oleh Haikel Areff

Consumer Technology Asociation (CTA™) telah mengiktiraf LG Electronics (LG) sebagai satu syarikat yang berinovasi dalam teknologi dan reka bentuknya dengan Anugerah Inovasi CES 2020.

Ini merupakan tahun ke-8 berturut-turut buat LG OLED TV, peralatan rumah dan telefon pintar siri perdana menerima Anugerah Inovasi CES tersebut. Sebuah pengiktirafan rasmi untuk produk yang paling inovatif diperkenalkan di pentas global.

CES Best of Innovation

Bagi CES 2020, teknologi LG OLED TV sekali lagi diiktiraf dengan Anugerah Inovasi Terbaik CES dalam kategori paparan video, memperoleh penghormatan tertinggi dalam tiga tahun yang lalu. LG selaku jenama terlaris untuk jualan TV OLED telah mencipta kategori premium yang menyampaikan warna dalaman yang sempurna dan luar biasa serta keupayaan pelbagai dinamik.

CES2020 Innovation Awards Best of Innovation

LG Home Entertainment

Apa yang penting untuk tahun 2020 adalah dua anugerah inovatif bagi salah satu TV NEXTGEN yang akan diumumkan di CES 2020, yang juga merupakan sebuah TV LG OLED yang menggabungkan piawaian ATSC 3.0 untuk generasi akan datang.

Maklumat lanjut mengenai produk hiburan LG yang tercalon dalam anugerah, termasuk 8K dan 4K TV ultra HD, produk audio dan komputer dan banyak lagi akan diumumkan di CES 2020 pada bulan Januari nanti.

LG Home Appliances

Anugerah Inovasi CES 2020 akan melihat ke sejumlah peralatan rumah LG yang baru, yang diserlahkan lagi dengan peti sejuk LG InstaView™ berserta ciri Craft Ice yang pertama di dalam industri.

CES2020 Innovation Award Honoree

LG Mobile Phones

Telefon pintar yang menerajui Anugerah Inovasi CES yang diterima oleh syarikat ini adalah model LG G8X, didatangkan dengan dwi skrin, yang membekalkan lebih banyak kawalan untuk senario di mana dua OLED yang sama memaparkan paparan terbaik.

LG V50 juga turut menerima anugerah, ia direka untuk berhubung, stream, bermain, berkongsi dan mendapat lebih pengalaman.

Anugerah Inovasi CES

Dimiliki dan dihasilkan oleh CTA, program Anugerah Inovasi CES ini merupakan sebuah pertandingan tahunan bagi menghargai reka bentuk yang cemerlang termasuklah mengambil kira ia sebagai satu produk teknologi pengguna merentasi 28 kategori produk yang lain.

Senarai penuh produk LG bagi Anugerah Inovasi CES 2020 LG akan diumumkan dalam sidang akhbar pada 6 Januari 2020 di Las Vegas. CES 2020 ini adalah di peringkat global untuk inovasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY