HyppTV Kini Menambah Saluran Fox Sport









Pada awal bulan ini, kesemua saluran Asto termasuk SuperSport dan SuperSport 2 telah dikeluarkan oleh TM selepas kedua duanya bercadang untuk tidak memperbaharui perjanjian yang telah dibuat pada tahun 2013. Kini anda boleh menyaksikan saluran Fox Sport di HyppTV.



Saluran yang disertakan adalah Fox Sports (706), Fox Sports 2 (707),
Fox Sports 3 (708) dan juga Fox Sports News (709). Untuk tempoh
pengenalan, semua pengguna HyppTV dan juga HyppTV Everywhere boleh
menikmati akses untuk saluran berkenaan secara percuma antara 1
September sehingga 30 September 2016.



Selepas tempoh promosi berkenaan, saluran ini boleh dinikmati sebagai
sebahagian daripada HyppTV Jumbo Pack pada harga langganan RM60
sebulan, ataupun melalui HyppTV Sports Pack pada harga langganan RM50
sebulan.



HyppTV, perkhidmatan TV berbayar yang kian berkembang di Malaysia
melangkaui 100 saluran juga datang dengan  now International, now Hairun
dan now Mango.Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) – HyppTV – yang
dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya; UniFi.



Saluran-saluran terbaru itu, now International HD (Saluran 155), now
Mango (Saluran 156) dan now Hairun (Saluran 157), kini boleh ditonton di
Malaysia menerusi kerjasama yang terjalin antara TM dan PCCW Media Ltd
dari Hong Kong dan menawarkan kepada para pelanggan UniFi progam-program
berbahasa Kantonis, dari Asia dan antarabangsa yang terbaik.