Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-12-24 at 1.48.12 PM

Pengkaji: Ciri Sekuriti Captcha Mudah Ditembusi Menggunakan AI

Diterbitkan Disember 24, 2018 · Dikemas kini Disember 24, 2018 oleh Helmi Samsuri

Completely Automated Public Turing Test To Tell Computers and Humans Apart atau singkatannya CAPTCHA merupakan satu ciri sekuriti berasaskan teks yang popular digunakan halaman web bagi menghalang serangan siber.

Namun begitu, satu kaji selidik dari Northwest University, Peking University dan Lancaster University mendapati mekanisma CAPTCHA itu mudah ditembusi hanya dalam masa 0.05 saat.

Kumpulan penyelidik itu telah membangunkan satu algoritma berasaskan mesin pembelajaran yang mampu memecahkan ciri CAPTCHA. Kaji selidik itu telah dibentangkan pada Persidangan ACM berkenaan Komputer dan Keselamatan Komunikasi yang berlangsung di Toronto.

Salah seorang pengkaji, Fang Dingyi, menyatakan program tersebut telah diuji pada 50 laman web popular termasuk yang dioperasikan oleh Google, Wikipedia, Microsoft, Baidu, Alibaba dan Tencent.

Teknologi AI itu menggunakan teknik dikenali sebagai”generative adversarial network,” atau GAN. Ia melatih program penjana CAPTCHA dan kemudiannya digunakn untuk melatih pemecah untuk untuk menembusi CAPTCHA sebenar.

Lanjutan daripada ujikaji itu, para pengkaji menasihatkan pemilik laman web untuk mencari alternatif lain sebagai mekanisma keselamatan laman web mereka.

Mungkin Google sudah menjangkakan lambat laun perkara ini akan berlaku dan untuk itu mereka memperkenalkan ciri baru yang dipertingkatkan ciri keselamatannya ,reCAPTCHA.

Sumber: Xinhua Net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY