Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDigital ID_MyJPJ

Penggunaan MyDigital ID Dengan Aplikasi MyJPJ Bukan Dibatal Tapi Ditangguh

Diterbitkan Oktober 4, 2024 oleh Amalina Athman

Integrasi penggunaan MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ bukan dibatalkan sepenuhnya, sebaliknya ditangguhkan. Bermakna, hanya arahan pelaksanaan bermula 10 Oktober yang tidak lagi terpakai, sehingga dilaksanakan kemudian secara ‘back-end‘.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Mohd Mirza Mohd Noor berkata beberapa laporan sebelum ini telah tersalah memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai penggunaannya sehingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata langkah itu tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai pembatalan, sebaliknya sebahagian daripada strategi menyeluruh untuk memastikan kejayaan ciri log tunggal dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Menteri hanya umumkan penangguhan pelaksanaan ciri log tunggal yang membolehkan pengguna log masuk dengan satu akaun sahaja. Sepanjang tempoh penangguhan ini, pengguna masih boleh memilih untuk menggunakan log masuk MyJPJ sedia ada atau MyDigital ID untuk mengakses aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya mengambil maklum beberapa laporan pengguna yang berdepan kesukaran mengakses aplikasi MyJPJ dengan MyDigital ID. Bagaimanapun, jumlah itu tidak ramai berbanding lebih 150,000 pengguna yang berjaya mendaftar ke dalam aplikasi itu.

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • [Kemas Kini] Penggunaan MyDigital ID Untuk Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Ditangguhkan
  • MyDigital ID Masih Boleh Diguna Sebagai Salah Satu Kaedah Log Masuk MyJPJ

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY