Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggunaan Dron Dicadangkan Untuk Pantau Projek Pembangunan Diseluruh Negara

Penggunaan Dron Dicadangkan Untuk Pantau Projek Pembangunan Diseluruh Negara

Diterbitkan Februari 25, 2019 ยท Dikemas kini Februari 26, 2019 oleh Helmi Samsuri

Penggunaan dron di Malaysia untuk tujuan pemantauan oleh badan kerajaan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Contohnya dapat dilihat seperti Pejabat Kesihatan Melaka Tengah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan cadangan kerajaan negeri Selangor memantau infrastruktur dinegeri itu.

Memetik laporan dari Bernama, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), melalui menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menyatakan cadangan untuk menggunakan teknologi dron dalam melakukan tinjauan terhadap projek pembangunan kementerian terbabit.

Penggunaan Dron Dicadangkan Untuk Pantau Projek Pembangunan Diseluruh Negara
Kredit foto: Bernama

Rancangan awal penggunaan dron oleh KPLB ini mungkin akan dimulakan pada projek pembangunan sosioekonomi yang membabitkan 28 daerah miskin diseluruh negara.

Selain daripada dapat memberikan maklumat lebih tepat, teknologi dron itu juga dinyatakan boleh melaksanakan kajian sesuatu infrastruktur.

Laporan turut menyatakan KPLB akan bekerjasama dengan Haas Solution Sdn, sebuah syarikat mereka model dan membaik pulih dron yang dibangunkan bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sumber: Bernama

Kredit foto utama: govtech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY