Melaka Guna Dron Untuk Kesan Tempat Pembiakan Nyamuk

Mengesan tempat pembiakan nyamuk Aedes kadangkala boleh menjadi sukar, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan bangunan yang tinggi.

Justeru itu, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah mengambil inisiatif pintar menjadikan dron sebagai alat pengesan jentik-jentik.

Kapsyen: Kredit Foto: Muhammad Zuhairi Zuber


Sebelum pengenalan dron ini, pihak Pejabat Kesihatan terpaksa menyewa gondola skylift untuk memeriksa tempat tinggi seperti rumah kedai dan pangsapuri.

Namun dengan kehadiran Skuad Drone Pengesan Jentik-Jentik ini, ia mampu mempercepat serta memudahkan tugasan pencarian tempat pembiakan serangga tersebut, disamping dapat menjimatkan kos.

Dron yang bakal digunakan dilengkapi dengan beberapa ciri seperti kamera pengesan keadaan topografi dan juga diubahsuai menjadi alat meletakkan Abate, sejenis pembasmi larva nyamuk.

Sumber: Berita Harian