Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ad block

Penggunaan Ciri Sekatan Iklan Di Telefon Pintar Semakin Meningkat

Diterbitkan Februari 11, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sepanjang tahun 2019 yang lalu, penggunaan ciri penyekat iklan di telefon pintar semakin meningkat sepertimana yang dilaporkan oleh Blockthrough.

Menurut firm pengiklanan tersebut, sekatan iklan pada peranti mudah alih telah mencecah 527 juta. Ia merupakan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun 2016 yang hanya merekodkan 309 juta penggunaan.

Screenshot 2020-02-11 at 12.17.35 PM

Kajian bertajuk “2020 Adblock Report” itu menyatakan peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan pengguna peranti mudah alih. Bagi sekatan iklan pada platform komputer pula, ia dilihat telah menurun kerana pengguna di Amerika Utara, Eropah dan China kurang melayari internet menerusinya.

Angka yang dikutip melalui laporan menunjukkan 236 juta pengguna menggunakan ciri sekatan iklan di komputer. Sebagai perbandingan, tiga tahun sebelumnya iaitu 2016 penggunaan lebih tinggi iaitu 282 juta pengguna.

Antara perisian sekatan yang menyumbang kepada jumlah tertinggi adalah UC Browser dan Opera. Masing-masing diramal memiliki 403 juta dan 123 juta orang pengguna setakat Disember 2019 yang lalu. Sementara itu, pelayar Brave pula memperlihatkan 10.4 juta pengguna dengan peningkatan lebih pantas di AS dan Eropah.

Sumber: Blockthrough via Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY