Pengguna yang terlibat berdepan pengharaman kekal dari menggunakan WhatsApp.
Beberapa minggu lalu terdapat laporan dari pengguna WhatsApp yang menyatakan mereka telah dihalang daripada menggunakan aplikasi sembang sosial tersebut sepenuhnya.
Antara yang terawal melaporkannya adalah seorang pengguna Reddit yang mendakwa dia kini tidak lagi dibenarkan menggunakan WhatsApp secara kekal.
Ia berikutan nama grup WhatsApp yang disertainya telah ditukarkan dengan nama yang diklasifikasikan sebagai melanggar terma servis yang ditetapkan oleh WhatsApp.
Ia bukan sahaja mengharamkan grup itu, tetapi juga turut menyekat semua ahli grup WhatsApp tersebut dari menggunakan aplikasi tersebut secara kekal.
"Hi! I was permanent banned from Whatsapp because one guy changed the university's name group to "Childs Pornography" and now the entire group is banned. We tried to contact support but all we receive are automatic responses that says we violated the rules. Obviously we did nothing wrong."
Jadi, sekiranya anda tidak mahu disekat secara kekal dari menggunakan aplikasi WhatsApp, jangan menyertai mana-mana grup WhatsApp yang menggunakan nama yang mencurigakan.
Atau anda boleh menasihatkan admin grup tersebut supaya mengubah nama grup kepada yang lebih sesuai.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Mungkin Ini Sebabnya Mengapa WhatsApp Tidak Menyekat Anda Daripada Membuat Tangkap Layar Mesej Di Platfom Mereka
- Aplikasi WhatsApp Kini Boleh Digunakan Bersama Telefon Nokia 8110
- 7 Bilion Mesej Suara Dihantar Setiap Hari Pengguna WhatsApp
- Seseorang Didakwa Menjual 500 Juta Data Pengguna WhatsApp, Malaysia Turut Terjejas
- 5 Ciri Baru WhatsApp Yang Dijangka Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- WhatsApp Bangunkan Ciri Keselamatan Baru Untuk Versi 'Desktop'
- Dakwaan WhatsApp Sebagai Platfom Yang Sangat Privasi Tidaklah Seperti Apa Yang Disangkakan
- Wahai Pengguna WhatsApp Sekalian, Anda Diseru Supaya Mengemaskini Aplikasi Tersebut Dengan Segera
- Aplikasi WhatsApp Tidak Rasmi Ini Didapati Memasang Pelbagai Trojan Berbeza Ke Dalam Peranti Pintar
- Waspada Mesej Palsu Berkenaan Permohonan i-Sinar Yang Tular Di WhatsApp