Dipercayai ada kaitan dengan masalah dari kemas kini Windows 10 KB4512941.
Nampaknya pengguna Windows terus berdepan dengan masalah yang berpunca dari kemas kininya. Jika sebelum ini telah dilaporkan bahawa kemas kini Windows 10 KB4512941 telah menyebabkan kuasa pemprosesan utama (CPU) komputer mereka menjadi sangat tinggi.
Tetapi kali ini masih dari masalah versi kemas kini yang sama, pengguna Windows 10 mendakwa imej tangkap layar (screenshot) yang dibuat mereka telah menyebabkan imej tersebut menjadi warna oren.
Masalah tersebut tetap berlaku walau macam mana cara yang mereka gunakan bagi membuat tangkap layar pada skrin komputer mereka.
Beberapa pengguna yang menyedari masalah ini telah melaporkannya kepada pihak Microsoft.
" My screen turns red when I capture a screenshot. How can I turn it off? I haven’t changed any settings; yesterday it was fine. I tried using different snipping tools, and the regular PrtSc button. All red. I have the night mode off, and everything else is regular."
Seorang lagi pengguna turut melaporkan masalah yang sama, "I am having the same problem, or maybe a bit worse. When I start Windows, the login screen looks good, but when I put my credentials and the desktop is shown, it gradually starts turning red. The only element that remains with the correct colour is the mouse pointer."
Buat masa ini, cara bagi mengatasi masalah ini adalah pengguna dinasihatkan supaya mengemas kini pemacu perisian kad grafik komputer mereka kepada versi terbaru. Atau pengguna boleh buang sahaja kemas kini KB4512941 tersebut dari komputer mereka.
Setakat ini, pihak Microsoft masih belum respon terhadap aduan terbaru berkenaan masalah ini.
Sumber: MSPoweruser
Berkaitan
- Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11
- Pengguna iPhone Dah Boleh Kemaskini iOS 15
- Seperti Biasa, Kemas Kini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Banyak Masalah
- Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022
- Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows
- iPhone 11 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- Harga Sama Dengan Windows 10, Lesen Windows 11 Kini Boleh Dibeli Terus Dari Laman Rasmi Microsoft
- Ini Senarai 10 Video YouTube Paling Sohor Kini Di Malaysia Sepanjang 2022
- Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP
- Ini 10 Model Skuter Elektrik Yang Layak Terima Rebat RM2400