Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Memaklumkan Isu “Startup” Windows Yang Perlahan

Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows

Diterbitkan September 28, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Kaspersky memberi amaran kepada pengguna Windows yang mencari perisian cetak rompak dan pembuka kunci untuk perisian asli kerana mereka mengesan perisian hasad disebarkan melalui laman sesawang yang menawarkannya melalui enjin carian seperti Google.

Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows

Rajah di atas menunjukkan contoh sebuah laman sesawang memberikan panduan kepada pengguna untuk memuat turun dan membuka fail ZIP yang dilindungi dengan kata laluan.

Perisian hasad yang dikenali sebagai NullMixer itu menjangkiti komputer Windows  pengguna apabila mangsanya mengekstrak fail Windows bernama “win-setup-i864.exe” dan memutuskan untuk menjalankannya.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows

Kaspersky menerangkan, apabila fail Windows itu dijalankan, ia akan melancarkan pula satu lagi arahan lain yang akan memuat turun pula berpuluh-puluh fail berniat jahat yang lain ke dalam komputer tersebut.

Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows

Rajah di atas menunjukan NullMixer dan perisian-perisian hasad yang dipasang ke dalam komputer Windows yang terjejas.

Pada masa yang sama, perisian hasad itu akan cuba melumpuhkan ciri imbasan masa nyata daripada sistem keselamatan Microsoft Windows Defender.

Kaspersky memaklumkan, sejak awal tahun ini merka telah menyekat percubaan untuk menjangkiti lebih daripada 47,778 mangsa di seluruh dunia.

Sumber: Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY