Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 10 Berang Dengan Kemas Kini Terbaru Dari Microsoft

Seperti Biasa, Kemas Kini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Banyak Masalah

Diterbitkan November 9, 2020 oleh ariff bukhari

Pada lewat Oktober lepas, Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 10 versi 20H2 yang juga dikenali sebagai ‘Windows 10 October 2020 Update‘.

Walaubagaimanapun, kini terdapat banyak dakwaan daripada para pengguna Windows 10, mereka berdepan pelbagai isu selepas kemas kini tersebut dipasang ke dalam sistem komputer mereka.

Antara isu menjengkelkan adalah seperti sistem Windows 10 tergantung, kegagalan sambungan peranti storan luar NVMe SSD menerusi sambungan Thunderbolt serta kegagalan memasang kemas kini tersebut.

Seperti Biasa, Kemas Kini Windows 10 Terbaru Menyebabkan Banyak Masalah
Kotak dialog ini muncul bagi sebahagian pengguna Windows 10.

Susulan itu, pihak Microsoft telah respon dan mengesahkan berlaku isu yang menyebabkan masalah tersebut.

“If you are trying to update to or install Windows 10, version 2004 or Windows 10, version 20H2, you might encounter an update compatibility hold and receive the message, “Your PC has hardware that isn’t ready for this version of Windows 10. Windows Update will automatically offer you this version of Windows 10 once the issue has been resolved.” Microsoft.

Microsoft memaklumkan mereka sedang menyiasat perkara ini dan kemas kini terbaru untuk pengguna Windows 10 bagi memperbetulkan isu ini akan ditawarkan pada lewat bulan November ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY