Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Semakin Meluat Dengan Kemas Kini Windows 10

Pengguna Semakin Meluat Dengan Kemas Kini Windows 10

Diterbitkan April 14, 2020 · Dikemas kini April 14, 2020 oleh ariff bukhari

Kemas kini Windows 10 KB4541335 didakwa menimbulkan pelbagai masalah baru kepada pengguna.

Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 10 menerusi kemas kini kumulatif Windows 10 KB4541335 pada lewat bulan Mac lalu.

Windows 10 KB4541335
Kemas kini ini ditawarkan untuk semua versi Windows 10 1903, Windows Server 1903, semua versi Windows 10 1909 dan Windows Server 1909.

Kemas kini tersebut adalah kemas kini pilihan terakhir yang ditawarkan kepada pengguna Windows 10 setakat ini.

Berikut adalah antara kandungan utama kemas kini kumulatif Windows 10 KB4541335 sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-

  • Updates an issue that causes an error when printing to a document share. 
  • Updates a performance issue in applications that occurs when content that is protected by digital rights management (DRM) plays or is paused in the background. 
  • Updates an issue that prevents the mute button from working on certain devices with the Microsoft Your Phone app. 
  • Updates an issue that prevents applications from closing. 
  • Updates an issue that causes calendar dates to appear on the wrong day of the week in the clock and date region of the notification area when you select the Samoa time zone. 
  • Updates an issue that causes applications to close unexpectedly when a user enters East Asian characters after changing the keyboard layout. 

Walaubagaimanapun, disebalik kemas kini tersebut yang sepatitnya memperbetulkan beberapa isu yang dihadapi pengguna sebelum ini, ia juga telah menimbulkan pelbagai masalah baru kepada penggunanya.

Antara laporan yang dihadapi pengguna Windows selepas memasang kemas kini tersebut termasuklah isu ‘Blue Screen of Death’, restart, sistem komputer tergendala sepenuhnya, prestasi komputer merosot, penggunaan memori komputer setinggi 95% hingga 100% serta masalah sambungan capaian internet.

Sehingga kini, Microsoft masih belum respon terhadap dakwaan-dakwaan pengguna mereka.

Tetapi, sekiranya anda ada memuat turun kemas kini tersebut dan berdepan dengan masalah selepas memasangnya, anda dinasihatkan supaya uninstall kemas kini itu.

Bagi mereka yang belum pula disyorkan supaya tidak memuat turun dan memasang kemas kini kumulatif Windows 10 KB4541335 ke dalam komputer mereka.

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY