Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Windows 10 October Bermasalah, Microsoft Hentikannya Buat Sementara Waktu

Pengguna Mendakwa Kemas Kini Windows 10 KB4512941 Menyebabkan Penggunaan Kuasa Pemprosesan Yang Tinggi

Diterbitkan September 2, 2019 oleh ariff bukhari

Belum ada sebarang respon dari pihak Microsoft.

Pihak Microsoft telah melepaskan kemas kini Windows 10 KB4512941 (Build 18362.329) kepada pengguna mereka pada 30 Ogos lalu. Kemas kini itu dilepaskan bagi membetulkan isu ciri keselamatan Windows Sandbox, masalah paparan skrin paa ciri Remote Desktop dan beberapa isu pepijat yang lain.

Walaubagaimanapun, terdapat pengguna Windows mendakwa selepas mereka mengemas kini kepada versi Windows 10 tersebut, mereka mendapati kuasa pemprosesan utama (CPU) mereka menjadi sangat tinggi.

Khususnya yang melibatkan ciri arahan suara Cortana yang ada pada sistem Windows 10.

Pengguna Mendakwa Kemas Kini Windows 10 KB4512941 Menyebabkan Penggunaan Kuasa Pemprosesan Yang Tinggi

“Cortana is consistently running above 35% CPU usage and 150 MB memory as reported by Task Manager, for at least one day now. Despite this fact, using the Search button next to the Start Menu pops up a dialog that will not display any items upon entering any search query, even after waiting for several minutes”. Dakwa seorang pengguna yang melaporkannya di laman rasmi Microsoft’s Feedback Hub.

Setakat ini, pihak microsoft masih belum respon terhadap masalah ini dan semakin ramai yang melaporkannya mereka turut mengalami masalah yang sama di laman Reddit Windows 10.

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY