Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Electronic Arts(EA) Tidak Mengadakan Persidangan Di Acara E3 2019

Pengguna Linux Diharam Memainkan Battlefield V Oleh Electronic Arts

Diterbitkan Januari 5, 2020 · Dikemas kini Januari 5, 2020 oleh ariff bukhari

Jika mereka dikesan memainkan judul permainan tersebut menerusi aplikasi Wine.

Sebahagian pengguna Linux melaporkan bahawa mereka telah disekat daripada memainkan permainan komputer Battlefield V oleh Electronic Arts.

Sekatan itu melibatkan pengguna Linux yang memainkan permainan tersebut menerusi platfom aplikasi Wine dan memasang pakej DXVK (Direct3D DLLs) pada sistem Linux.

“Manipulation of Direct3D libraries in multi-player games may be considered cheating and can get your account banned. This may also apply to single-player games with an embedded or dedicated multiplayer portion. Use at your own risk.“

Akibatnya, ciri anti penipuan automatik dalam sistem permainan Battlefield V mengesannya sebagai modifikasi ke atas permainan tersebut. Sekaligus menyekat sepenuhnya akses akaun pemain ke dalam permainan itu.

Susulan daripada pengharaman tersebut, pemain telah menghubungi pihak EA bagi mendapatkan penjelasan dan EA memaklumkan mereka tidak akan menarik semula sekatan tersebut kerana ia melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan EA.

Isu ini pasti menjejaskan sebahagian pengguna Linux yang mahu memainkan permainan Windows di platfom Linux dengan menggunakan aplikasi Wine.

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY