Pengguna Kini Boleh Mengawal Laman Utama Youtube

Adalah amat penting bagi sesebuah aplikasi yang dibangunkan mempunyai sifat mesra pengguna. Begitu juga dengan aplikasi yang terkenal di seluruh dunia iaitu Youtube, yang telah menawarkan 3 perubahan khusus yang bersifat mesra pengguna dalam menggunakan aplikasi berkenaan.

Ia dilihat menghubungkan para pengguna dengan kandungan-kandungan kegemaran mereka. Ia juga memudahkan para penonton mengelaskan video yang mereka ingin cari seperti artis kegemaran, pencipta kandungan baru yang mereka boleh ikuti ataupun resepi-resepi terbaik. Antara tiga perubahan khusus yang ditawarkan ialah:

 

  1. Terokai topik dan video berkaitan di Laman Utama anda dan menerusi video Berikutnya:


Para pengguna kini boleh meneroka topik dan video yang berkaitan dengan lebih mudah, seperti video resepi kek, rancangan bual bicara lewat malam terkini atau genre muzik kegemaran, dan pelbagai lagi kandungan kegemaran pengguna.

Pilihan-pilihan terdapat pada perubahan kali ini adalah berdasarkan cadangan peribadi yang sedia ada dan bertujuan untuk membantu pengguna mencari video yang diingini dengan lebih pantas.


Pengguna boleh menerokai topik video di laman utama dan juga video berikutnya.


 

2. Alih keluar cadangan dari saluran yang tidak mahu ditonton:

Pada kali ini pengguna akan diberi kuasa untuk menghentikan sebarang cadangan video-video yang tidak diingini mereka dari sesuatu saluran. Pengguna hanya perlu klik “Jangan cadangkan saluran” ketika video utama sedang dimainkan dan tidak akan lagi melihat video-video yang tidak diinginkan dari saluran tersebut di YouTube.

 


Klik pada "Dont Recommend Channel" bagi saluran yang tidak disukai.


 

3.Ketahui mengapa sesebuah video dicadangkan kepada anda:

Akhir sekali, kadangkala para pengguna akan dicadangkan video-video yang belum pernah ditonton di laman utama. Ia berdasarkan apa yang telah disukai dan ditonton oleh penonton lain yang memiliki minat sama.

Apabila cadangan video dibuat, pengguna boleh melihat maklumat tambahan di bawah video tersebut, maklumat berkenaan bertujuan untuk menerangkan kepada pengguna mengapa video tersebut muncul di laman utama mereka dan bagi membantu para pengguna mencari video dari saluran baru yang menepati ciri yang diminati.


Terdapat video yang dicadangkan yang mempunyai ciri-ciri video yang diminati pengguna itu sendiri.


 

Ketiga-tiga ciri baru ini boleh didapati di seluruh dunia menerusi aplikasi YouTube di iOS mulai hari ini, dan akan boleh didapati di Android dan platform komputer tidak lama lagi.