Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo S1 Bakal Hadir Dengan Bateri 4500 mAh?

Vivo S1 Bakal Hadir Dengan Bateri 4500 mAh?

Diterbitkan Julai 12, 2019 ยท Dikemas kini Julai 17, 2019 oleh irfan suhaimee

Vivo S1 pertama kali muncul diperkenalkan kira-kira 3 bulan yang lalu dimana pasaran awalnya adalah China. Ia bakal dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi tetapi seperti yang dilaporkan sebelum ini, spesifikasinya akan ada sedikit kelainan berbanding apa yang ditawarkan untuk pasaran China.

Vivo S1 Bakal Hadir Dengan Bateri 4500 mAh?

Pihak Vivo telah memaklumkan bahawa Vivo S1 ini bakal dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,500mAh, yang dilengkapi dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging. Pihak Vivo juga menyatakan bahawa pengguna tidak perlu lagi membawa Power Bank ke sana-sini kerana kapasiti bateri peranti ini mampu bertahan lama.

Dengan kapasiti bateri 4,500mAh, ia akan memberikan kepuasan kepada pengguna terutamanya bagi yang bermain permainan mudah alih. Ditambah pula dengan spesifikasi yang lengkap yang digabungkan dengan Ultra Game Mode, yang direka untuk memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih dengan lebih efisien.

Vivo juga turut memperkenalkan teknologi terbarunya iaitu Game Countdown, di mana para pengguna yang baru sahaja membuka dan memulakan permainan dalam permainan mudah alih akan dinyatakan tempoh masa permainan itu akan bermula sekiranya pengguna sedang menggunakkan aplikasi yang lain ketika itu.

Vivo S1 Bakal Hadir Dengan Bateri 4500 mAh?

Dari segi kepantasan pula, Vivo S1 dilengkapi dengan Multi-Turbo Acceleration Engine yang mampu memberikan kelajuan prestasi peranti kepada pengguna terutamanya ketika bermain permainan mudah alih.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY