Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Diterbitkan Disember 5, 2019 · Dikemas kini Disember 5, 2019 oleh irfan suhaimee

Pengulas gajet terkenal iaitu Safwan AhmedMia atau lebih dikenali sebagai Supersaf pasti  tidak asing lagi buat para pencinta teknologi terutamanya bagi telefon pintar.

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Baru-baru ini beliau telah memuatnaik video terbarunya di laman Youtube yang bertajuk, “BEST Smartphones Of 2019-YOUTUBER Edition ft. MKBHD, Dave2D, iJustine +more”. Video tersebut memaparkan kolaborasi Supersaf bersama beberapa pengulas gajet terkenal yang lain dalam memilih peranti terbaik yang telah mereka gunakan pada tahun ini.

  • Supersaf:Samung Galaxy Fold

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Supersaf memilih Samsung Galaxy Fold sebagai peranti terbaik 2019. Menurut beliau, walaupun ia merupakan peranti yang agak rapuh dan mempunyai tanda harga yang mahal, tetapi ia merupakan inovasi terbesar dalam industri telefon pintar pada tahun ini.

  • Austin Evans : One Plus 7T

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Walaupun Iphone dan Samsung telah melancarkan peranti yang cemerlang pada tahun ini, Austin memilih One Plus 7T sebagai peranti terbaik kerana ia mempunyai tanda harga yang berpatutan dan hadir dengan skrin 90hz di mana antara skrin terbaik telefon pintar pada tahun ini.

  • Jenna Ezarik : Iphone 11 Pro Max

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Kakak kepada pengulas gajet terkenal iJustine ini telah memilih Iphone 11 Pro Max sebagai peranti terbaik pada tahun ini. Beliau menyukai kamera sudut ultra lebar pada peranti ini, mod slofie dan prestasi bateri peranti ini.

  • Enobong Eteh : Samsung Galaxy Fold

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Etteh yang merupakan ketua editor di BooredATWork telah memilih samsung Galaxy fold sebagai peranti terbaik. Menurut beliau, peranti ini amat menyeronokkan terutamanya ketika menonton video kerana ia mempunyai skrin yang amat besar yang boleh dilipat.

  • John Retingger : Iphone 11 Pro Max

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Beliau memilih Iphone 11 Pro Max sebagai peranti terbaik 2019. menurut beliau, peranti ini mempunyai bateri yang cemerlang, skrin yang berkualiti dan yang lebih utama ialah ekosistem Apple itu sendiri.

  • Faisal Al Saif : Samsung Galaxy Note 10+

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Pengulas gajet terkenal berbangsa Arab ini memilih Samsung Galaxy Note 10+ sebagai peranti terbaik 2019. Menurutnya, walaupun ia tidak hadir dengan paparan 90Hz dan juga bicu audio, ia memberikan pengalaman yang berbeza apabila menggunakannya.

  • Jerryrigeverything : Nubia Z20

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Penguji ketahanan peranti terkenal ini memilih Nubia Z20 sebagai peranti terbaik 2019. Beliau amat mengagumi peranti ini yang hadir dengan dua skrin dan tiga lensa kamera utama.

  • Ashwin Ganesh : Iphone 11/Asus Rog Phone 2

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Penguas gajet terkenal dari india ini memilih dua peranti iaitu iphone 11 dan Asus Rog Phone 2. Menurut beliau, Iphone 11 dilihat amat cemerlang manakala Rog Phone 2 yang hadir dengan paparan 120hz telah memberikan pengalaman yang menakjubkan ketika bermain permainan mobil.

  • The Unlockr : Samsung Galaxy Fold

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Pengulas gajet terkenal ini memilih Samsung Galaxy Fold kerana ia merupakan sebuah peranti yang unik dan amat seronok digunakan.

  • iJustine : Iphone 11 pro Max

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Tidak perlu kata apa lagi. Ijustine semestinya akan memilih Iphone.

  • Khalifa Al Haroon : Iphone 11 Pro Max/Samsung Galaxy Fold

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Beliau memilih dua peranti mercu dari Apple dan Samsung iaitu Iphone 11 Pro Max dan Samsung Galaxy Fold. Bagi Iphone 11 pro Max, beliau amat berpuas hati dengan prestasi bateri dan kameranya. Samsung Galaxy Fold pula kerana keunikannya yang tersendiri.

  • MKBHD : One Plus 7 Pro

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

Pasti ramai yang menantikan apakah peranti pilihan pengulas gajet terkenal ini. MKBHD memilih One Plus 7 Pro sebagai peranti terbaik 2019 kerana ia merupakan peranti Android paling lancar yang pernah beliau gunakan, pengecasan yang pantas, kemaskini software yang cepat dan paparan 90Hz menjadikannya sebagai sebuah peranti yang mempunyai pakej yang lengkap.

  • Dave Lee : Iphone SE 

Supersaf Dan Rakan-Rakan Memilih Peranti Terbaik 2019

pengulas gajet terkenal ini mempunyai pilihan yang agak aneh iaitu Iphone SE yang telah lama dilancarkan. Mungkin peranti yang dilancarkan pada tahun ini tidak menarik baginya.

Sumber : Supersaf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY