Digi Tawar Pra Tempahan Iphone 11, Iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max Bermula 20 September Ini


Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) akan menawarkan produk terbaru dari Apple, iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, barisan pro baru untuk siri iPhone pada tahun ini  mempunyai spesifikasi canggih, dan juga Iphone 11 yang mempunyai  kamera dwi-kamera dan mempunyai pelbagai pilihan warna. Para pelanggan boleh membuat pra-tempahan  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan Digi PhoneFreedom 365 bermula 20 September 2019 ini.

 


Iphone 11, Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max baru sahaja dilancarkan pada 10 September yang lalu. Iphone 11 mempunyai skrin ips lcd 6.1 inci, dijana dengan cip A13 Bionic, mempunyai dua kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide), 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3110 mAh.


Manakala Iphone 11 Pro dan Iphone 11 Pro Max pula mempunyai skrin 5.8 inci dan 6.5 inci Dijana dengan cip A13 Bionic, Mempunyai tiga kamera utama iaitu 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.0, 52mm (telephoto) dan 12 MP, f/2.4, 13mm (ultrawide). 6GB RAM dan bateri berkapasiti 3190 mAh bagi Iphone 11 Pro dan 3500 mAh bagi Iphone 11 Pro Max. Ketiga-tiga Iphone tersebut hadir dengan pilihan memori 64GB, 256GB dan 512GB.

Harga bagi Iphone 11 bermula dari RM 3,399, Iphone 11 Pro RM 4,899 dan Iphone 11 Pro Max RM 5,299.Untuk maklumat lanjut layari Digi.

Berkaitan