Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redeem my30

Pengguna Kini Boleh Menebus Pas Perjalanan Tanpa Had My30

Diterbitkan Januari 18, 2021 oleh Amalina Athman

Bermula 21 Disember tahun lalu, Prasarana Malaysia Berhad telah menawarkan promosi di bawah kempen ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30.

Menerusi promosi yang berlangsung bermula 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021, pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh mendapatkan baucar pas percuma My30 bagi setiap pembelian pas yang sama. Pas percuma tersebut boleh digunakan sendiri bagi pembaharuan pada bulan berikutnya.

Terbaru, pengguna yang telah membeli pas perjalanan tanpa had My30 dalam tempoh yang dinyatakan sudah boleh membuat penebusan bermula 15 Januari hingga 31 Mac 2021.

tebus My30 Plus 30

Penebusan pas percuma My30 ini boleh dilakukan menerusi stesen terpilih dengan membawa kad pengenalan, salinan e-mel yang mengandungi kod unik baucar pas percuma serta resit pembelian. Akan tetapi, ianya terhad kepada 8,333 penebusan terawal dan hanya sekali penebusan bagi setiap pengguna.

Untuk lebih lanjut mengenainya, layari portal rasmi Rapid KL.

Sumber: Rapid KL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY