Ciri mod gelap akan hadir bersama iOS 13.
Jika anda adalah antara pengguna telefon pintar Apple iPhone, apakah ciri terbaru yang paling dinanti-nantikan anda?
Rata-rata dari jawapan yang diberikan oleh pengguna iPhone, kebanyakkan dari mereka menyatakan bahawa ciri mod gelap adalah ciri yang amat dinanti-natikan mereka.
Apple telah pun mengumumkan bahawa bermula dari iOS 13, kesemua model iPhone yang menyokong versi iOS tersebut akan boleh mengaktifkan ciri mod gelap pada peranti mereka.
Apple menjelaskan ciri mod gelap seperti berikut:-
"Dark Mode introduces a dramatic new look for iPhone. It’s thoughtfully designed to make every element on the screen easier on your eyes and is seamlessly integrated throughout the system. And it’s simple to turn on from Control Center or set to automatically turn on at night"
Ciri mod gelap boleh diaktifkan secara manual menerusi butang terbaru yang boleh dicapai terus dari Control Centre. Atau anda boleh juga menetapkan pengaktifan mod gelap secara automatik berdasarkan masa tertentu.
Apple dijangka akan melepaskan iOS 13 kepada kesemua pengguna iPhone dalam bulan September nanti.
Buat masa ini versi iOS 13 beta masih dalam peringkat pembangunan yang hanya boleh digunakan oleh pembangun yang berdaftar dan pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja.
Berikut adalah senarai penuh model-model iPhone yang menyokong iOS 13:-
- iPhone XS
- iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8
- iPhone 8 Plus
- iPhone 7
- iPhone 7 Plus
- iPhone 6s
- iPhone 6s Plus
- iPhone SE
- iPod touch (Generasi ke- 7)
Berkaitan
- Tempahan EV Dapat Lambat, Huawei Akan Bayar Pelanggan ~RM132/hari
- Samsung Perkenal 2 Model Monitor Pintar Baharu, Harga Dari RM2,788
- Seorang Penggodam Mendakwa Dia Boleh Mematikan Enjin Kenderaan Moden Dengan Menceroboh Aplikasi GPS
- Iklan Samsung Galaxy Memperolok iPhone Memakan Diri
- Komputer Riba Alienware m15 Dan m17 Kini Dengan Reka Bentuk Yang Lebih Moden Dan Lebih Berkuasa
- Barisan Model Terbaru Komputer Riba Huawei Akan Tiba April Ini
- Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu
- Bayar Cukai Pintu Dengan Aplikasi CEPat Dan Berpeluang Menang iPhone 15 Pro
- iPhone 7 Plus Masih Kekal Sebagai Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia Setakat Ini
- Xiaomi Merancang Akan Melancarkan Sebanyak 10 Model Telefon Pintar 5G Tahun Hadapan