Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sports Malaysia_imagewisermy_1

Pengguna iPhone Di Malaysia Kini Boleh Muat Turun Apple Sports

Diterbitkan Mei 20, 2026 · Dikemas kini Mei 20, 2026 oleh Amalina Athman

Apple Sports kini diperluaskan ke lebih 90 negara dan wilayah baharu, termasuk Malaysia.

Aplikasi percuma untuk iPhone ini menawarkan akses kepada skor, statistik dan perkembangan perlawanan secara masa nyata melalui antara muka yang ringkas dan mudah digunakan.

Apple Sports_2

Menjelang Piala Dunia FIFA 2026, Apple Sports turut menambah sokongan yang membolehkan pengguna mengikuti kumpulan kejohanan serta menyesuaikan paparan skor mengikut pilihan masing-masing, sama ada dengan mengikuti keseluruhan kejohanan atau pasukan negara tertentu.

Pengalaman ini turut diperkukuhkan dengan Live Activities yang memaparkan kemas kini perlawanan terus pada Skrin Kunci (Lock Screen) iPhone atau Apple Watch, selain widget yang boleh ditambah pada iPhone, iPad dan MacBook untuk menjejak perkembangan kejohanan secara langsung.

Aplikasi ini juga membolehkan akses terus ke Apple TV, di mana pengguna boleh membuka siaran perlawanan langsung melalui perkhidmatan penstriman yang disambungkan dengan lebih mudah.

Pengguna iPhone Di Malaysia Kini Boleh Muat Turun Apple Sports

Antara ciri baharu yang diperkenalkan termasuk paparan kumpulan kejohanan yang lebih jelas dan mudah ditatal. Selain itu, kad perlawanan turut menampilkan formasi visual yang memberikan gambaran lebih jelas tentang kesebelasan utama setiap pasukan sebelum perlawanan bermula.

Apple Sports_1

Aplikasi Apple Sports kini sudah boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna melalui App Store.

Berkaitan

  • Apple Perkenal Aplikasi Apple Sports Untuk Peminat Sukan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Perkenal Langganan Bulanan Dengan Komitmen 12 Bulan Di App Store
  • Apple Kini Tawar Harga Pendidikan Untuk Apple Watch Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY