Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 15.4

Pengguna iPhone Akan Terima Kemas Kini iOS 15.4 Mulai Minggu Depan

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh Anis Maisarah

Awal pagi tadi, Apple telah melancarkan barisan produk terbaharu mereka seperti iPhone SE, iPad Air Gen 5, Mac Studio dan Monitor.

Selain daripada itu, iOS 15.4 dan iPadOS 15.4 turut akan ditawarkan kepada pengguna bermula minggu hadapan.

Salah satu perkara menarik pada iOS 15.4 ini adalah membolehkan pengguna iPhone untuk membuka kunci iPhone dengan menggunakan Face ID walaupun sedang memakai pelitup muka.

Pandemik COVID-19 yang menyerang dunia telah menyebabkan pemakaian pelitup muka adalah wajib hampir setiap negara. Jadi, fungsi tersebut membolehkan pengguna membuka peranti dengan mudah tanpa membuka pelitup muka.

Pengguna iPhone Akan Terima Kemas Kini iOS 15.4 Mulai Minggu Depan

Bagi iPadOS 15.4 dan macOS Monterey 12.3 pula bakal memperoleh ciri baharu, iaitu Universal Control. Sepatutnya ciri tersebut sudah dikeluarkan pada akhir tahun 2021 namun Apple terpaksa menangguhkannya untuk tahun 2022.

Penggunaan satu tetikus dan papan kekunci boleh digunakan pada peranti yang berbeza dalam masa yang sama untuk ciri Universal Control ini.

Di samping itu, kemas kini kali ni juga akan menambah baik lagi AirTags, memberi lebih banyak tetapan pada ruang iCloud Mail menerusi iPhone dah beberapa lagi fungsi lain.

Sebanyak 37 emoji baharu dan ciri ‘Tap to Pay on iPhone‘ juga akan diberikan kepada pengguna Apple.

Sumber : Apple

Baca juga :

  • Tidak Perlu Ganti iPhone Baru, Apple Bolehkan Face ID Dibaiki
  • Apple Hentikan Semua Jualan Produk Mereka Di Apple Store Rusia
  • Apple Dilaporkan Sedang Menghasilkan Sebuah Peranti Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY