Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
emoji 15.4

Ini 38 Emoji Baru Dalam iOS 15.4, Smiley Tangisan Dalam Ketawa Antaranya

Diterbitkan Februari 4, 2022 · Dikemas kini Februari 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seperti kita sedar, komunikasi melalui penulisan tidak hanya terhad pada aksara sahaja. Sejak zaman Nokia 3310 menjadi peranti utama, penggunaan emotikon seperti “:)” telah lama dibudayakan.

Bezanya, emoji dan smiley hari ini datang dalam bentuk ikon kecil berwarna dan ada yang beranimasi, tidak seperti dulu yang dibina menggunakan tanda baca.

iOS 15.4 kelak dilaporkan dengan beberapa ciri baharu seperti menyahkunci telefon dengan pelitup muka dan Universal Control.

Walaupun seolah-olah tidak mustahak, sejumlah emoji baharu juga turut akan diperkenalkan. Ini barisan emoji yang akan dilepaskan bersama iOS 15.4 kelak.

Ini 38 Emoji Baru Dalam iOS 15.4, Smiley Tangisan Dalam Ketawa Antaranya

Antara yang menarik dan pastinya akan digunakan meluas ialah smiley yang mencair sambil tersenyum, senyuman dengan mata yang berair dan mini love. 

Bukan itu sahaja, emoji jabat tangan juga kini hadir dengan dua tangan yang berlainan warna kulit, menunjukkan kepelbagaian latar belakang manusia.

iOS15.4 akan dilancarkan beberapa bulan lagi dan versi beta telah pun dilepaskan. Apakah anda teruja dengan emoji-emoji ini?

Sumber: Emojipedia

Baca juga:

  • Fungsi Baharu Apple Sentuh Untuk Bayar Mungkin Diperkenalkan Pada iOS 15.4
  • Cara ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Mask’ Guna Apple Watch
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY