Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Instagram Kini Boleh Membuat Panggilan Video Menerusi Instagram Direct

Pengguna Instagram Kini Boleh Membuat Panggilan Video Menerusi Instagram Direct

Diterbitkan Jun 27, 2018 oleh Haikel Areff

Facebook telah mengumumkan berkenaan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan kepada Instagram semasa persidangan pembangun Facebook (F8) yang berlangsung pada awal bulan Mei yang lalu. Antaranya ialah sebuah hab khas perkongsian video serta fungsi panggilan video pada aplikasi mudah alih laman perkongsian foto dan video tersebut.

Selepas melancarkan hab video dengan durasi panjang, IGTV pada minggu lepas, hari ini mereka telah memperkenalkan pula fungsi panggilan video seperti yang dijanjikan. Pengguna Instagram kini boleh membuat panggilan video melalui fungsi Instagram Direct.

Pengguna Instagram Kini Boleh Membuat Panggilan Video Menerusi Instagram Direct

Kredit : TechCrunch

Bagi membuat panggilan video, pengguna cuma perlu membuka akaun rakan yang mahu dihubungi pada fungsi Direct dan tekan pada ikon panggilan video pada penjuru atas sebelah kanan. Fungsi ini seakan sama dengan fungsi panggilan video yang sedia ada digunakan pada Facebook Messenger.

Pengguna juga boleh membuat panggilan video secara berkumpulan sehingga empat orang pada satu masa. Namun seperti dijangka, fungsi ini tidak boleh digunakan sekiranya akaun yang mahu dihubungi telah di-block atau mute oleh pengguna.

Fungsi terbaru buat Instagram ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk peranti iOS dan Android melalui kemaskini terbaru aplikasi berkenaan bermula hari ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY