Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IGTV – Aplikasi Hab Video Terbaru Dari Instagram Diperkenalkan Secara Rasmi

IGTV – Aplikasi Hab Video Terbaru Dari Instagram Diperkenalkan Secara Rasmi

Diterbitkan Jun 21, 2018 oleh Haikel Areff

Sebuah aplikasi hab video, IGTV telah diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Instagram dalam satu majlis yang diadakan awal pagi tadi waktu Malaysia. Hab video ini akan membenarkan kiriman video berdurasi sehingga satu jam dimuat naik oleh penerbit video terkemuka, selebriti atau sesiapa sahaja.

IGTV – Aplikasi Hab Video Terbaru Dari Instagram Diperkenalkan Secara Rasmi

Selain boleh diakses melalui aplikasi mandiri IGTV itu sendiri, pengguna Instagram sedia ada turut boleh mengakses IGTV melalui tab Explore pada aplikasi Instagram biasa yang digunakan sebelum ini. Namun, penggunaan aplikasi mandiri IGTV akan lebih memudahkan pengguna untuk melayari dan menonton video.

Pengguna juga boleh memuat naik video mereka sendiri dengan mendaftarkan channel mereka sendiri dan ia dapat dilakukan dengan cukup mudah. CEO Instagram Kevin Systrom berkata, pihaknya bercadang untuk membenarkan pengguna IGTV memuat naik video tanpa had durasi pada masa akan datang.

Systrom juga memberitahu bahawa tiada sebarang iklan pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, namun mereka akan berusaha untuk menyediakan platform untuk membolehkan penerbit video terutamanya yang berorientasikan perniagaan untuk menjana pendapatan melalui hab video ini.

IGTV – Aplikasi Hab Video Terbaru Dari Instagram Diperkenalkan Secara Rasmi

IGTV ini menawarkan kandungan video yang akan ditayangkan secara menegak di mana penonton boleh meninggalkan komen atau Like. Pihak Instagram turut mendakwa IGTV ini hampir sama dengan siaran televisyen kerana video akan terus dipertontonkan sebaik sahaja pengguna membuka aplikasi berkenaan.

Pengguna Android dan iOS sudah boleh memuat naik aplikasi mandiri IGTV di Google Play Store dan Apple App Store secara berperingkat mulai hari ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY