Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bad android

Pengguna Android Tidak Boleh Mengharapkan Ciri Keselamatan Google Play Protect Semata-Mata

Diterbitkan Mac 12, 2020 ยท Dikemas kini Mac 12, 2020 oleh ariff bukhari

Play Protect didapati hanya mampu menyekat 1/3 perisian hasad sahaja.

Penyelidik dari AVTest telah menjalankan ujian terhadap 17 aplikasi keselamatan peranti Android. Daripada hasil ujian itu mereka mendapati, kesemua aplikasi alternatif dari pihak ketiga itu mampu meningkatkan lagi keselamatan peranti Android.

Ini kerana, dalam ujian itu mereka mendedahkan bahawa ciri keselamatan sedia ada di dalam peranti Android iaitu Google Play Protect tidak dapat menyekat kesemua serangan perisian hasad terhadap peranti Android.

Malah didapati Google Play Protect hanya mampu menyekat 1/3 daripada 6,700 sampel perisian hasad dalam ujian tersebut.

Ini bermakna, baki daripada jumlah itu yang bersamaan lebih daripada 4,000 perisian hasad dapat menjangkiti peranti Android.

“… Android users should not rely solely on Play Protect. Google’s scan tool only identifies just over one-third of the nearly 6,700 malware samples in the test. Over 4,000 simply sneak through.” AVTest.

Pengguna Android Tidak Boleh Mengharapkan Ciri Keselamatan Google Play Protect Semata-Mata
Senarai 17 aplikasi keselamatan alternatif pihak ketiga untuk pengguna peranti Android yang diuji oleh AVTest.

Hasil daripada ujian itu menunjukkan bahawa Google Play Protect menerima skor terendah berbanding aplikasi pihak ketiga yang lain dalam memberikan perlindungan terbaik kepada pengguna peranti Android.

Jadi, penyelidik AVTest mencadangkan pengguna Android memasang aplikasi keselamatan tambahan bagi melindungi mereka dari serangan perisian hasad.

“As the detection rates of Google Play Protect are really quite poor, the use of a good security app is highly recommended.” AVTest.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY