Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple store

Pengguna Aktif Peranti-Peranti Apple Kini Berjumlah Lebih Daripada 1.5 Bilion

Diterbitkan Januari 29, 2020 · Dikemas kini Januari 29, 2020 oleh ariff bukhari

Prestasi Apple meningkat bagi tempoh suku pertama 2020 berbanding tahun lalu.

Apple dalam pembentangan laporan Pencapaian Bagi Suku Pertama 2020 hari ini memaklumkan bahawa mereka kini mempunyai lebih daripada 1.5 bilion pengguna aktif peranti-peranti Apple.

Peranti-peranti Apple itu termasuklah iPhone, iPad, Apple Watch dan lain-lain. Ia dimaklumkan sendiri oleh CEO Apple, Tim Cook awal pagi hari ini.

“During the holiday quarter our active installed base of devices grew in each of our geographic segments and has now reached over 1.5 billion. We see this as a powerful testament to the satisfaction, engagement and loyalty of our customers — and a great driver of our growth across the board.” Tim Cook.
Selain itu, beliau juga gembira dengan pencapaian Apple bagi suku pertama tahun ini yang telah berjaya memperoleh peningkatan keuntungan sehingga 9% setakat 28 Disember 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, Apple menyatakan bahawa kesemua produk mereka termasuklah servis-servis yang ditawarkan mereka telah memacu keuntungan yang memberangsangkan untuk suku pertama tahun ini.
Khusunya terhadap permintaan tinggi ke atas barisan model terbaru iPhone 11, servis dari pelbagai rancangan terbitan Apple TV+ dan peranti boleh pakai seperti AirPods.
“We are thrilled to report Apple’s highest quarterly revenue ever, fueled by strong demand for our iPhone 11 and iPhone 11 Pro models, and all-time records for Services and Wearables.” Tim Cook.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY