Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Yang Mencuri Data Kad Kredit Dari 106 Juta Pelanggan Capitol One Telah Berjaya Ditangkap Oleh Pihak FBI

Penggodam Yang Mencuri Data Kad Kredit Dari 106 Juta Pelanggan Capitol One Telah Berjaya Ditangkap Oleh Pihak FBI

Diterbitkan Julai 30, 2019 · Dikemas kini Julai 30, 2019 oleh ariff bukhari

Penggodam tersebut merupakan bekas jurutera perisian komputer laman servis Amazon.

Semalam firma institusi kewangan Amerika Syarikat, Capitol One telah memaklumkan bahawa data sulit pengguna mreka telah digodam oleh penjenayah siber.

Jumlah pelanggan mereka yang terkesan dengan isu penggodaman data tersebut dikatakan adalah lebih daripada 100 juta pelanggan pemegang kad kredit Capitol One di A.S dan 6 juta pemegang kad kredit mereka di Kanada.

Selepas menyedari data pelanggan mereka telah digodam pada 22 dan 23 Mac lalu, pihak Capitol One bersama FBI telah menjalankan siasatan dalam usaha bagi menangkap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan siber tersebut.

Akhirnya dilaporkan bahawa pihak FBI telah berjaya mengesan penggodam tersebut setelah penggodam itu mendedahkan sendiri maklumat inisden kecurian data tersebut pada akaun GitHub miliknya.

Ia sekaligus membawa kepada kejayaan penahanan suspek oleh FBI.

Suspek yang bernama Paige Thompson a.k.a erratic, berusia 33 itu adalah seorang wanita yang pernah bertugas sebagai  jurutera perisian di laman servis Amazon. Dia juga turut pernah bekerja dengan Capitol One dari tahun 2015 hingga 2016.

Susulan daripada penangkapan itu, pihak berkuasa telah menggeladah dan merampas kesemua barangan elektronik miliknya untuk sisatan lanjut mereka.

Pendengaran pertuduhan ke atasnya dijadualkan akan berlangsung pada 1 Ogos ini di mana dia berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan dan penipuan komputer yang membolehkan dia dihukum penjara sehingga 5 tahun dan denda sehingga USD250,000 jika disabit bersalah atas pertuduhan tersebut.

Capitol One merupakan firma kewangan ke-5 terbesar di Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran kad kredit, pinjaman kewangan dan perbankan.

Sumber: The Hacker News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY