Uber telah membayar sebanyak USD100 ribu dan meminta penggodam memadam data yang dicuri.
2 Orang penggodam telah mengaku bersalah di mahkamah A.S kerana menggodam dan mengugut syarikat Uber Dan LinkedIn. 2 Orang suspek lelaki itu didakwa telah menggodam seterusnya meminta bayaran berjumlah USD100 ribu dari pihak Uber bagi membolehkan data-data yang berjaya dicuri mereka dipadam.
Pihak Uber dilaporkan telah membayar wang tuntutan tersebut kepada suspek daripada bertindak dengan melaporkannya kepada pihak polis. Sebaliknya atas persetujuan tidak rasmi secara bersama, menerusi bayaran yang dibuat itu menyebabkan isu penggodaman tidak dihebahkan dan penggodam pula bersetuju memadam data yang dicuri mereka.
Pihak pendakwaan menganggap kes ini sebagai luar biasa dan menyatakan Uber telah bertindak dengan tidak bertanggungjawab kerana meminta penggodam memadam 57 juta data yang dipercayai telah dicuri suspek dan tidak melaporkannya kepada polis.
Ini kerana terdapat pihak ketiga yang terlibat dalam aktiviti penggodaman tersebut yang tidak diketahui oleh pihak Uber.
"This case is extraordinary. We know that the defendants said that they destroyed that data ... but there was a third participant in the hack. And that third participant was unknown to Uber." Pihak pendakwa.
Berbeza dipihak LinkedIn, syarikat tersebut tidak membayar tuntutan yang diminta oleh penggodam. Sebaliknya mereka telah melaporkannya kepada pihak polis pada masa insiden penggodaman itu berlaku.
2 Suspek itu bakal berdepan dengan penjara sehingga 5 tahun dan denda sebanyak USD250,000.
Sumber: cnet
Berkaitan
- Sistem Rangkaian McDonald's Diserang Penggodam
- Geng Penggodam Mohon Maaf Pada Hospital Kanak-Kanak, Salahkan Rakan Mereka
- Penggodam Muda Dipenjara Selepas Menyamar Sebagai Mafia Bagi Mengugut Dan Meminta Apple Membayarnya Sebanyak USD100 Ribu
- Penggodam 'Baik' Berjaya Godam Tesla, Windows 11 Dan Pelayar Sesawang
- YouTuber Popular Dakwa Bateri Telefon Pintar Samsung Mengembung
- Penggodam Menyerang Sistem Teknologi Maklumat Pengeluar Jam Swatch
- Penggodam Dakwa Berjaya Curi Data Bersaiz 450GB Dari Pelayan AMD
- Kelemahan Ciri Keselamatan 'Evernote Web Clipper' Menyebabkan Data Pengguna Mereka Berpotensi Diserang Penggodam
- Perisian Hasad Palsu Donald Trump Diguna Penggodam Bagi Menipu Mangsa
- FBI Dan CISA Beri Amaran, Penggodam Tajaan Russia Guna Cara Licik Mematikan Ciri MFA