Khusus terhadap telefon pintar dengan ciri keselamatan imbasan cap jari.
Sekumpulan penggodam dari China mendakwa mereka boleh menggodam sebarang telefon pintar yang dilengkapi dengan ciri keselamatan imbasan cap jari hanya dalam masa 20 minit sahaja.
Grup penggodam ini yang merupakan penyelidik keselamatan peranti pintar dari Tencent X-Lab telah mendedahkan penemuan mereka metod penggodaman menerusi imbasan cap jari yang ada pada telefon pintar di persidangan keselamatan GeekPwn 2019 yang telah berlangsung di Shanghai, Oktober lalu.
Cara penggodaman adalah dengan mengambil gambar kesan cap jari yang masih terdapat pada skrin telefon pintar yang diambil dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh X-Lab.
Seterusnya perisian tersebut akan mengekstrak keluar data dan mengklon cap jari pengguna dengan menggunakan pencetak 3D.
Demostrasi yang ditunjukkan oleh X-Lab tidak didedahkan secara terperinci atas sebab keselamatan tetapi ia berjaya menggodam 3 buah telefon pintar pengunjung yang hadir. Sekaligus menimbulkan kerisauan pada para pengguna.
Metod yang digunakan X-Lab itu berjaya mengatasi 3 teknologi imbasan cap jari yang terdapat pada telefon pintar iaitu capacitive, optical dan ultrasonic hanya dalam masa 20 minit sahaja.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Laman Sesawang Muat Turun Dan Perkongsian Fail Terawal Akhirnya Mengucapkan Selamat Tinggal
- Ini Prestasi Awal Capaian 5G iPhone 14 Pro Dan Pro Max Di 10 Buah Negara
- Penggodam Boleh Curi Maklumat Pengguna Apple Melalui AirTag
- Grup Penggodam Malaysia Lancar Serangan Ke Atas Laman Sesawang India
- Pelbagai Model Peranti Popular Apple Didapati Kekal Terdedah Kepada Penggodaman
- Pepijat Pelayar Internet Explorer Menyebabkan Penggodam Boleh Mengambil Alih Kawalan Sepenuhnya Komputer Dari Pengguna
- Senarai 15 Negara Yang Mempunyai Capaian 5G Terpantas Setakat Ini
- Malaysia Dalam Senarai 10 Negara Miliki Capaian Internet Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
- Menteri Kata Bukan 'Cap Ayam', Ini Spesifikasi Minimum PerantiSiswa Yang Ditetapkan Kerajaan
- Pembangun WannaCry Dan Penggodam Sony Dikenakan Tindakan Oleh A.S