Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirTag Wide

Penggodam Boleh Curi Maklumat Pengguna Apple Melalui AirTag

Diterbitkan September 30, 2021 · Dikemas kini Oktober 1, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang penyelidik keselamatan bernama Bobby Rauch telah mendedahkan terdapatnya kecacatan keselamatan pada peranti penjejak Apple AirTag sehingga boleh menyebabkan peranti itu membawa perisian hasad, penggodaman dan macam-macam lagi.

Ringkasnya, penggodam boleh menjadikan AirTag sebagai alat untuk mereka melakukan serangan penggodaman.

Menurut penyelidik itu, keadaan ini berlaku apabila penggodam mengeksploitasi kelemahan cross-site scripting (XSS) AirTag.

Dengan mengeksploitasi kecacatan XSS itu, penggodam boleh mengelirukan pemilik AirTag untuk log masuk ke dalam akaun iCloud mereka dan dari situlah penyerang mendapatkan maklumat peribadi pemilik AirTag tersebut.

Ekoran daripada pendedahan itu, pihak Apple telah menghubungi Bobby Rauch dan memaklumkan pihak mereka akan memperbetulkan kelemahan pada peranti AirTag mereka dalam masa terdekat ini.

Sumber: Kreb On Security

Baca juga:

  • Apple Airtag Bukan Sekadar Penjejak Barang & Kenapa Ia Akan Menjadi Ikutan Jenama Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY