Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagaimana Teknologi 5G Membawa Perubahan Dalam Komuniti?

Senarai 15 Negara Yang Mempunyai Capaian 5G Terpantas Setakat Ini

Diterbitkan November 3, 2020 · Dikemas kini November 3, 2020 oleh ariff bukhari

Bulan lalu laman analisis OpenSignal telah melaporkan, sebanyak 15 buah negara mempunyai capaian tanpa wayar 5G terpantas di dunia setakat bulan Oktober tahun ini.

Hasil kaji selidik dan analisis OpenSignal itu mereka mendapati, negara Arab Saudi adalah negara yang mempunyai kadar purata muat turun 5G terpantas ketika ini iaitu pada kelajuan 377.2Mbps.

Ia diikuti oleh negara Korea Selatan (336.1Mbps), Australia (215.8Mbps), Taiwan (211.8Mbps) dan Sepanyol (201.1Mbps).

Berikut adalah carta yang menunjukkan kedudukan dan kelajuan purata muat turun data menerusi capaian 5G di 15 buah negara tersebut:-

Fastest 5G
Sumber: Open Signal

Walaupun dalam carta di atas menunjukkan negara Amerika Syarikat berada dikedudukan ke-15, tetapi menurut OpenSignal, salah satu penyedia servis internet di negara itu iaitu Verizon didapati servis 5G yang ditawarkan oleh syarikat tersebut boleh dikatakan amat pantas di mana kadar kelajuan purata muat turunnya mencapai sehingga 494.7Mbps.

“… in our recent U.S. report we found that Verizon’s mmWave-based 5G service offers a very considerably faster average 5G Download Speeds of 494. 7 Mbps, which is faster than the average 5G download speeds Opensignal has seen on any operator, or in any country to date, including Saudi Arabia.” OpenSignal.

Analisis oleh OpenSignal juga mendapati, kini lebih ramai pengguna menyambungkan peranti pintar mereka kepada capaian 5G.

Capaian internet 5G didakwa adalah 5 hingga 6 kali lebih pantas berbanding capaian 4G.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY