Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Kelas Perdana Terbaru Nokia Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan

Penggodam Mendakwa Boleh Menggodam Sebarang Telefon Pintar Hanya Dalam Masa 20 Minit

Diterbitkan November 10, 2019 oleh ariff bukhari

Khusus terhadap telefon pintar dengan ciri keselamatan imbasan cap jari.

Sekumpulan penggodam dari China mendakwa mereka boleh menggodam sebarang telefon pintar yang dilengkapi dengan ciri keselamatan imbasan cap jari hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Grup penggodam ini yang merupakan penyelidik keselamatan peranti pintar dari Tencent X-Lab telah mendedahkan penemuan mereka metod penggodaman menerusi imbasan cap jari yang ada pada telefon pintar di persidangan keselamatan GeekPwn 2019 yang telah berlangsung di Shanghai, Oktober lalu.

Cara penggodaman adalah dengan mengambil gambar kesan cap jari yang masih terdapat pada skrin telefon pintar yang diambil dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh X-Lab.

Seterusnya perisian tersebut akan mengekstrak keluar data dan mengklon cap jari pengguna dengan menggunakan pencetak 3D.

Demostrasi yang ditunjukkan oleh X-Lab tidak didedahkan secara terperinci atas sebab keselamatan tetapi ia berjaya menggodam 3 buah telefon pintar pengunjung yang hadir. Sekaligus menimbulkan kerisauan pada para pengguna.

Metod yang digunakan X-Lab itu berjaya mengatasi 3 teknologi imbasan cap jari yang terdapat pada telefon pintar iaitu capacitive, optical dan ultrasonic hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY