Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggodam Dari Indonesia Berjaya Ditahan Pihak Berkuasa Yogyakarta

Penggodam Dari Indonesia Berjaya Ditahan Pihak Berkuasa Yogyakarta

Diterbitkan Oktober 31, 2019 · Dikemas kini November 1, 2019 oleh ariff bukhari

Penggodam menggunakan ransomware Stampado bagi menyerang rangkaian firma Amerika Syarikat.

Media tempatan Indonesia telah melaporkan kejayaan pasukan polis Indonesia bahagian anti jenayah siber ke atas penahanan seorang penggodam komputer yang berasal dari Jogja pada pertengahan Oktober lalu.

Suspek yang hanya dikenali sebagai BBA dikatakan telah cuba menggodam rangkaian firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (yang tidak dinamakan) menerusi serangan ransomware.

Modus operandi utama penggodam adalah dengan menyebarkan e-mel kepada sekurang-kurangnya 500 pekerja dibeberapa firma utama A.S yang mengandungi pautan ransomware.

Kegiatan suspek yang dipercayai bertindak secara sendirian telah disedari sejak 2014 di mana pada ketika itu suspek berumur 16 tahun.

“Hasil pemeriksaan sementara yang sudah kita lakukan pelaku ini sudah melakukan kegiatan itu sejak tahun 2014. Yang bersangkutan ini belajar mandiri, membuka situ-situs yang ada di internet, mungkin belajar dari buku-buku, terus juga dia punya kemampuan untuk pengoperasionalkan komputer dan internet,” jelas pihak berkuasa polis Indonesia.

Penggodam Dari Indonesia Berjaya Ditahan Pihak Berkuasa Yogyakarta
Barang bukti kes hasil rampasan oleh pihak berkuasa.

Sepanjang aktiviti jenayah siber yang dilakukan itu, suspek dipercayai telah berjaya mengaut keuntungan lebih daripada USD2.7 juta.

Ransomware yang dikesan sebagai shipping200037315.pdf.exe atau lebih dikenali dengan nama Stampado dikesan aktif sejak 2016 lalu oleh pemerhati keselamatan yang turut dijual semurah USD39 di pasaran gelap Dark web.

Penggodam Dari Indonesia Berjaya Ditahan Pihak Berkuasa Yogyakarta
Kredit: Bleeping Computer

Suspek yang kini berusia 21 tahun jika terbukti bersalah akan berdepan tahanan penjara selama 10 tahun di bawah undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik Indonesia.

Sumber: Indonews dan Detik News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY